Saya bekerja di...

Teruskan

Kandungan anda sedang diadaptasikan kepada jenis perniagaan anda

Jikalau ada sesuatu yang orang lebih suka daripada makanan sejemput adalah sos pencicahnya. Dengan hanya beberapa ramuan yang digaul bersama dan voila anda telah sediakan sesuatu yang amata lazat untuk dimakan Bersama hidangan pembuka selera anda!

1. Aioli Bawang Putih

1. Aioli Bawang Putih

Berasal dari daerah selatan Perancis, di kawasan Provence, Aioli klasik ini pada mulanya hanya mengandungi tiga bahan: bawang putih, garam, dan minyak zaitun. Proses penyediaannya  agak sukar kerana  ia menggunakan bawang putih sebagai ramuan pengemulsi untuk mendapatkan tekstur pes dengan melumatkannya secara perlahan-lahan di dalam lesung batu.

Sambil masa berlalu, resipi ini telah diubah untuk kemudahan dengan tambahan ramuan seperti cili dan koma-koma untuk memberikan variasi kepada citarasa. Antara versi yang sangat popular kini adalah sos Aioli Bawang Putih, yang diperbuat dengan bawang putih, jus lemon, garam, mayonis dan minyak yang dilumatkan Bersama untuk mendapatkan pencicah yang berkrim untuk dimakan Bersama kentang goreng atau makanan lain.

2. Sos Tartar

2. Sos Tartar

Biasanya dimakan bersama makanan laut dan goreng-gorengan, sos tartar klasik ialah pencicah yang terkenal, terutamanya di UK. Rasa masamnya memang digemari, terima kasih kepada bahan-bahan seperti jus lemon dan jeruk, yang turut memberikan sos ini tekstur berketulnya.

Bergantung pada tempat, sos tartar ini ada pelbagai variasi. Ada yang dicampurkan dengan herba dill, bawang merah, malah ada juga yang ditambahkan gula untuk rasa sedikit manis.

3. Sos Remoulade

3. Sos Remoulade

Sos Remoulade sering disalah anggap sebagai sos tartar disebabkan rupa dan ciri-cirinya. Bezanya, sos Remoulade yang berasal dari Perancis ini terasa sedikit pedas, sesuai bagi mereka yang menggemarinya. Tak kira ditambah lobak kuda, paprika, mahupun ikan bilis, rasa krimnya yang pedar sesuai untuk pelbagai jenis peneman hidangan berasas daging, ikan, dan kentang.

4. Ranch

4. Ranch

Lebih digemari sebagai kuah salad daripada sos pencicah, sos ranch menjadi kegemaran ramai kerana satu ramuan rahsia – susu mentega yang berkrim. Sos ruji Amerika Utara ini sungguh versatile sebagai sos pencicah yang boleh dihidangkan cair dengan menambahkan susu mentega atau lebih pekat bila ditambah krim masam. Selain daripada kepak ayam buffalo, sos ranch juga amat sesuai dimakan Bersama potongan sayuran sebagai pembuka selera.

5. Pencicah Reuben

5. Pencicah Reuben

Datang dari Amerika, pencicah yang mengujakan deria rasa ini asalnya ialah hasil sampingan daripada penyediaan sandwich. Ia mengandungi bahan-bahan yang cukup ringkas, seperti keju Swiss, daging cincang, sauerkraut (kobis jeruk) dan mayonis. Ia sedap dicicah dengan roti rai atau keropok rangup; rasa uniknya seperti menari-nari di lidah anda, di antara masin dan masam.


Teruja oleh idea-idea untuk sos-sos pencicah yang lazat ini? Cubalah buat sendiri menggunakan Lady’s Choice Real Mayonis sekarang atau lihat resipi-resipi kami untuk inspirasi!


Kembali kepada Apa Yang Terbaru

Continue watching video?

Daftar akaun

Here's what you get

  • A chance to join our free sampling promotions
  • New dish ideas from our chefs
  • The latest trends and training modules