Saya bekerja di...

Teruskan

Kandungan anda sedang diadaptasikan kepada jenis perniagaan anda

Dalam negara pelbagai budaya seperti Malaysia, makanan fusion sangat digemari, terima kasih kepada pertukaran budaya dengan serata dunia. Jadi, untuk memenuhi citarasa tempatan, ciptalah juadah baharu—gabungan juadah barat dengan selera kampung serata negara.

Chicken chop


Ada bermacam-macam cara untuk menikmati chicken chop di kalangan orang Malaysia, tidak terhad kepada sajian peha ayam dengan kentang goreng dan coleslaw sahaja.

Antara cara menarik untuk memasukkan unsur Asia ialah dengan memanggang chicken chop dengan Sos Lada Hitam Knorr, yang kemudian disajikan dengan nasi putih dan hirisan timun.

Anda juga boleh menghidangkan chicken chop Hainan dengan sos perang yang boleh disediakan mudah menggunakan Sos Perang Campuran Knorr Demi Glace.

Poké bowl (salad ikan)


Kalau ditanya, banyak orang percaya yang poke bowl adalah juadah Jepun. Sebenarnya, juadah ini berasal dari Hawaii. Bagaimanapun, ia memang merupakan gabungan intim selera Hawaii dan Jepun!

Disebabkan juadah ini terdiri daripada bahan-bahan mentah seperti ikan dan sayuran, ia terkenal dengan aspek kesegaran dan kesihatannya. Untuk menyajikan juadah ini, anda hanya perlu memastikan bahan-bahannya dibersihkan rapi. Kemudian, sediakan dressing istimewa dengan mengacau mayonis Lady’s Choice bersama-sama wasabi, atau Serbuk Perasa Limau Knorr untuk sedikit rasa masam, atau kicap.

Pasta kuning telur masin


Popular di rantau Asia, kuning telur masin telah menjadi makanan wajib kebelakangan ini bagi sesiapa yang mengikuti dan inginkan sentuhan terkini dalam menu mereka.

Serba guna, kuning telur masin boleh dijadikan pencicah untuk kentang goreng, atau melengkapkan rasa unik makanan laut seperti udang dan sotong.

Pasta kuning telur masin ialah juadah fusion sempurna yang begitu mudah disediakan dengan hanya mencampurkan Sos Campur Keju Knorr dengan Serbuk Telur Masin Emas Knorr. Mudah dan lazat; tambahkan sahaja udang atau cendawan untuk menghasilkan versi istimewa juadah kegemaran ramai ini.

Kembali kepada Apa Yang Terbaru?

Continue watching video?

Daftar akaun

Here's what you get

  • A chance to join our free sampling promotions
  • New dish ideas from our chefs
  • The latest trends and training modules