Saya bekerja di...

Teruskan

Kandungan anda sedang diadaptasikan kepada jenis perniagaan anda

Nasi Kerabu Kelantan Serba Warna

Jarang kita dengar orang Malaysia bercakap tentang Nasi Kerabu apabila ditanya tentang selera tempatan. Mungkin ia tidak begitu terkenal seperti makanan lain, tetapi satu suap juadah ini pasti akan membuka selera sesiapa jua yang menggemari rasa asli masakan Melayu.


Ini beberapa fakta menarik tentang juadah serba warna ini:

1.

1.

Warna nasinya bukan disebabkan pewarna tiruan, tetapi disebabkan oleh bunga telang yang digunakan sebagai bahan dalam masakan ini.

2.

2.

Nasi biru mungkin versi yang paling popular, namun ada juga versi lain seperti nasi putih biasa, nasi kelabu daripada daun mengkudu, dan nasi kuning daripada kunyit.

3.

3.

Berbanding hidangan tempatan lain, Nasi Kerabu ialah makanan tepat kalau anda ingin menikmati rasa istimewa tanpa mengganggu diet anda. Ini kerana juadah ini begitu kaya dengan kandungan herba dan sayurannya.

4.

4.

Selain kaya dengan sayuran, tambah membuatkan Nasi Kerabu begitu enak dinikmati ialah sajian sampingannya seperti telur masin, keropok udang, dan ayam atau ikan goreng kunyit.

 

Laksa Sawarak Enak Berkrim

Pekat tetapi tidak berat, juadah kebanggaan Bumi Kenyalang ini dicari-cari juga oleh rakyat Semenanjung untuk satu sebab: lazatnya tak terkata. Sesiapa yang pernah menikmati juadah ini boleh mengakui bahawa, walaupun ia ada persamaan dengan laksa dari negeri-negeri lain, ia memiliki rasa yang tersendiri.

Pentingnya sup

Pentingnya sup

Kecuali anda begitu bernasib baik, pes sup Laksa Sarawak tersangatlah jarang dijumpai di luar negeri tersebut. Ia biasanya dibuat dengan sambal belacan, serai, lengkuas, asam jawa, dan sedikit santan, serta pebagai jenis herba dan rempah. Anda boleh membuat pes supnya sendiri, atau terus mendapatkan jenama terkenal di kalangan orang tempatan: “Eagle”.

Makanan sampingan yang wajib

Makanan sampingan yang wajib

Kerangupan taugeh, kekenyalan hirisan ayam dan telur dadar, semua ini bersama-sama menjadikan semangkuk Laksa Sarawak terasa begitu sempurna. Dan dah tentu, jangan lupa juga udang yang lebih memeriahkan supnya. Kemudian, hiaskan dengan ketumbar, sambal belacan untuk lebih sengat, dan sedikit perahan limau yang memberikan sup Laksa Sarawak ini rasa masamnya.

Kembali kepada Apa Yang Terbaru

Continue watching video?

Daftar akaun

Here's what you get

  • A chance to join our free sampling promotions
  • New dish ideas from our chefs
  • The latest trends and training modules