Saya bekerja di...

Teruskan

Kandungan anda sedang diadaptasikan kepada jenis perniagaan anda

Sebahagian besar dalam membina nama di atas talian ialah melalui media sosial. Ia membenarkan pelanggan dan bakal pelanggan untuk berhubung dengan perniagaan anda menerusi saluran yang sebahagian daripada kehidupan diri mereka. Ini adalah cara-cara untuk melakukannya.

 

1. Fokus terhadap platform pelanggan anda

Bukan semua saluran media sosial adalah relevan bagi anda. Sebagai contoh, Facebook dan Twitter akan menjadi lebih hebat dengan post tentang maklumat terkini, tips-tips, gambar, video dan sebagai saluran untuk bertanyakan soalan. Instagram pula sangat sesuai dan bagus untuk bisnes yang menjual ‘keserlahan’ produk-produk seperti makanan. 

Berdasarkan kaji selidik yang dijalankan oleh konsultan kajian Kantar TNS pada September 2016, rakyat Malaysia adalah pengguna Instagram paling aktif di Asia Pasifik. Ia juga mendapati bahawa trend itu tidak terhad kepada demografik remaja sahaja. Ini kerana 48% dari pengguna Internet adalah rakyat Malaysia yang berumur dari 55 hingga 65 tahun yang juga merupakan pengguna aktif aplikasi media sosial.

Kaji selidik tersebut dijalankan antara bulan Jun hingga September 2016, yang juga mendapati bahawa aplikasi penggunaan Snapchat di Malaysia adalah ke-tiga tertinggi di rantau ini, dan Singapore pada 37%, New Zealand pada 39% dan Hong Kong pada 46%.

Anda perlu berkomunikasi dengan orang awam untuk meluaskan lagi bisnes anda dengan memberi respon kepada pertanyaan dan komen di laman media sosial tepat pada masanya.


2. Kandungan yang relevan

Apabila anda mengambil keputusan untuk menggunakan aplikasi media sosial yang diingini, kongsi kepakaran makanan ataupun minuman anda. Semakin menarik post anda, semakin ramai pengikut (followers) akan like, komen dan kongsi post anda. 

Tarikan utamanya adalah mempromosikan cawangan atau gerai anda. Apabila post itu dituju kepada pelanggan semasa, ia merupakan peluang yang terbaik kepada rakan-rakan mereka untuk mengetahui tentang cawangan atau gerai anda. Dan, mereka mungkin akan kunjungi ke sana. Kongsi beberapa gambar makanan dan suasana untuk kekal di ingatan khalayak ramai. Fotografi adalah sangat penting dan anda perlu kekal aktif di media sosial untuk mendapatkan kunjungan yang lebih tinggi di kalangan pengikut anda.  
 


3. Menggalakkan penglibatan

Anjurkan sebuah pertandingan atau pemberian hadiah dalam pertukaran untuk perkongsian post anda. Ia adalah sangat baik untuk mendapat perhatian yang tinggi daripada pengikut-pengikut media sosial anda. Barang-barang baru seperti beg tote unik atau makanan dan minuman percuma memang sangat mendapat perhatian dari khalayak ramai. Berikan pelanggan anda hadiah yang mempunyai penjenamaan gerai anda adalah cara yang bagus selain menggunakan papan iklan.

Menaja sesuatu acara atau produk juga merupakan cara yang lain untuk mendapatkan khalayak sasaran dan meningkatkan kesedaran jenama anda. Ini kerana anda boleh berhadapan secara realiti bersama pelanggan anda yang berpotensi.

Media sosial bukan sahaja tentang mengemaskini post tentang makanan dan minuman di cawangan atau gerai anda sahaja. Ia adalah saluran dua hala di mana anda akan mendapat peluang yang lebih baik yang tidak dapat dicapai dengan penggunaan pengiklanan tradisional.
 


4. Jalankan iklan yang disasarkan

Iklan di Facebook atau Instagram adalah cara yang paling murah dalam mempromosikan cawangan atau gerai anda. Anda boleh mensasarkannya dalam mendapatkan khalayak yang betul. Acara, promosi dan undian untuk mendapat tarikan adalah sangat bagus dalam penglibatan pelanggan. Rangkaian media sosial seperti Facebook dan Twitter mempunyai alat yang membantu anda untuk berkomunikasi dengan kandungan yang betul kepada khalayak yang dimaksudkan.

 

 

Lady's Choice Perfect Pair: Pengumuman Pemenang
 

Terbaru ini, Lady's Choice telah mengadakan pertandingan bersama Instagram dengan restoran perkongsian dimana pelanggan mereka perlu mengambil gambar bersama hidangan pembuka selera dengan sos cecahan Lady's Choice mereka.

Lima pemenang akan berjaya untuk mengambil pulang sepasang telefon pintar bernilai RM3,199: 

1. Khaw Lay See and Ng Hee Seng

1. Khaw Lay See and Ng Hee Seng

 

 

2. Lim Sze Ying and Christopher Ng Choon Hong

2. Lim Sze Ying and Christopher Ng Choon Hong

 

 

3. Yoon Lai Yan and Ho Kai Hong

3. Yoon Lai Yan and Ho Kai Hong

 

 

4. Ooi Chao Lung and Tami Hor

4. Ooi Chao Lung and Tami Hor

 

 

5. Ooi Soon Yeow and Hor Mun Hong

5. Ooi Soon Yeow and Hor Mun Hong

 

 

Kembali kepada Apa Yang Terbaru?

Continue watching video?

Daftar akaun

Here's what you get

  • A chance to join our free sampling promotions
  • New dish ideas from our chefs
  • The latest trends and training modules