Saya bekerja di...

Teruskan

Kandungan anda sedang diadaptasikan kepada jenis perniagaan anda

Sajian Melayu tradisional sering saja mempamerkan keunikan rasa tempatan. Dengan kenaikan permintaan untuk rekaan inovatif, ini adalah masa yang tepat untuk menyuntik sedikit rasa baharu pada sajian klasik anda dengan sedikit sentuhan moden yang tidak akan mengubah identiti aslinya sama sekali.
 

Burger telah lama berada di pasaran – ini merupakan peluang baik untuk perniagaan anda merebut keuntungan dari gaya pemakanan ini dan menyerlahkannya daripada pesaing lain. Nasi lemak sering sahaja diiktiraf sebagai sajian kebangsaan, jadi berikan pengiktirafan pada sajian ini dengan kaedah inovatif. Anda boleh bermula dari burger, wraps dan sandwic. Bahan yang boleh diubah suai dan ciri sajian ini yang bersusun meninggi menjadikan ianya pilihan yang mudah untuk diadaptasi ke jenis yang berbeza, seperti mana yang terbukti di dalam populariti Nasi Lemak Burger yang meningkat. Selain itu, anda juga mungkin mahu memilih untuk bereksperimen dengan Sate Burger, satu lagi sajian lazat dalam bentuk yang mudah untuk diubah suai.

Bagi mi pula, menggabungkan komponen Barat meningkatkan sifatnya yang sederhana – contohnya, Spageti Rendang dan Pasta Laksa mempunyai keistimewaan imej yang premium, dan pada masa yang sama mengekalkan identiti sederhana dengan rasa tempatan. Tekstur pasta yang lebih padat berbanding mi biasa menyeimbangkan perisa yang kaya daripada santan kelapa, dan menjadikannya pilihan ideal kepada mereka yang mencari pengalaman makan yang berbeza.

Snek juga boleh dijadikan sajian gabungan – eksperimen rasa sering menjadi sesuatu yang mendapat sambutan selagi mana bentuk asalnya dikekalkan. Sebagai contoh, karipap sering diubah suai kerana sifatnya yang ringkas dengan hanya mengganti atau menambah bahan pada inti karipap biasa. Ini membolehkah eksprimen mudah dengan perisa berbeza seperti ikan, daging atau keju – konsep popular untuk menikmati snek jalanan hari ini.

Kembali kepada Apa Yang Terbaru

Continue watching video?

Daftar akaun

Here's what you get

  • A chance to join our free sampling promotions
  • New dish ideas from our chefs
  • The latest trends and training modules