Saya bekerja di...

Teruskan

Kandungan anda sedang diadaptasikan kepada jenis perniagaan anda

Kejohanan bola sepak antarabangsa yang paling berprestij akan berlangsung tak lama lagi, dengan Rusia sebagai tuan rumah tahun ini, untuk pertandingan bola sepak yang berprestij ini. Berjuta orang akan menonton acara ini; disebabkan itu, ini merupakan peluang anda untuk menerokai bagaimana hendak menambah gaya Rusia ke kudapan tempatan, khas untuk peminat bola sepak. 

Hering Masin Ikan Bakar

Hering Masin Ikan Bakar

Tradisi Rusia yang digemari ramai: ikan hering masin atau dijeruk, selalunya dihidang sebagai pembuka selera, atau sebahagian daripada ‘shuba’, salad berlapis yang mengandungi sayur rebus, bawang potong dan mayones. Selalunya, garam akan ditambah ke ikan hering, sebelum dicampur dengan sos masam dan manis. Biar lagi kreatif, dan bakar ikan hering itu! Sajikan dengan sos pencicah cili untuk rasa yang berpelbagai. 

Sate ‘Shashlik’ dengan Kuah Kacang

Sate ‘Shashlik’ dengan Kuah Kacang

‘Shashlik’ adalah sejenis kebab shish yang digemari di Rusia, disediakan dengan memerapkan daging untuk semalaman, yogurt atau krim masam, dan ditambah herba serta rempah. Daging kambing selalunya digunakan, tetapi daging lembu dan ayam juga merupakan alternatif yang baik. Daging dan sayur boleh dicucuk, atau anda boleh memerapkannya dengan pelbagai jenis herba dan rempah tempatan. Untuk rasa lain daripada yang lain, hidangkannya dengan kuah kacang sate. 

Ladu Dim Sum ala Rusia

Ladu Dim Sum ala Rusia

Ladu Rusia, atau ‘Pelmeni’ bila digoreng, ‘Manti’ bila distim, mengandungi daging cincang yang dibalut dalam tepung. Dengan bentuk yang sama seperti dim sum, ia sesuai untuk digunakan sebagai asas dengan inti ala Malaysia seperti makanan laut, daging atau sayur. Untuk rasa yang lebih memuaskan, sajikan dengan sos pencicah yang pedas atau masam. 

Pai Kari Mini

Pai Kari Mini

Pai bersaiz mini dari Rusia, atau ‘Piroshki’ ada pelbagai bentuk, saiz dan isi. Manis, lemak ataupun masam. Dibuat dengan tepung yis, anda boleh tambah apa-apa sahaja dalam kudapan yang lembut ini. Cuba dulu dengan kentang ataupun sardin yang selalu digunakan dalam karipap. Kalau nak berlainan sikit, boleh juga mencuba bahan-bahan tempatan yang digemari seperti sambal ikan bilis, kacang merah, ataupun kentang manis. 

Kek Lapis Madu

Kek Lapis Madu

Kek madu atau ‘Medovik’ adalah kek yang mempunyai pelbagai lapisan biskut yang disalut dengan madu dan inti karamel berkrim. Ia merupakan pencuci mulut klasik Rusia, dimodenkan di seluruh dunia. Untuk gaya ala Malaysia, bayangkan jikalau buah tempatan seperti durian, pisang dan ciku digunakan sebagai inti kek ini. Kek Lapis versi Malaysia juga boleh menjadi inspirasi untuk menyediakan kek lapis madu ini.

Kembali kepada Demam Bola Sepak

Continue watching video?

Daftar akaun

Here's what you get

  • A chance to join our free sampling promotions
  • New dish ideas from our chefs
  • The latest trends and training modules