7 Kudapan Kegemaran di Setiap Negeri Malaysia
Konsep kudap-kudapan yang menarik sekitar negara, yang boleh dijual di gerai anda sempena musim bola sepak ini

Merdeka selalunya dikaitkan dengan perpaduan, ataupun kesatuan. Begitu juga dengan makanan, satu-satunya topik yang boleh menyatukan orang Malaysia! Tidak pelik kalau ternampak orang sedia beratur di gerai tepi jalan, di sekitar negara, untuk menikmati kudapan, tak kiralah jika kudapan klasik ataupun trend baru dan popular. Apa yang menarik tentang ini, setiap lokasi mempunyai kudapan yang berlainan jenis, dan jikalau anda memperkenalkan kudapan yang baru dan berbeza, anda boleh menikmati pendapatan yang lebih lumayan. Lihat kudap-kudapan di bawah, eksklusif dari negeri tertentu untuk penjualan yang lebih laris bagi gerai anda.

Pulau Pinang: Rojak
Rojak dari Pulau Pinang memang kudapan yang popular, digemari semua dan dijual di seluruh pulau. Berliur mulut bila memikirkan tentang kombinasi buah-buahan, sayur serta sos hitam manis, sebelum dihiasi dengan kacang dan udang kering; mencetuskan pengalaman rasa manis, masam, masin dan pedas. Ini merupakan satu-satunya hidangan, kalau disediakan dengan betul, hidangan yang sedap selalu.

Terengganu: Keropok Lekor
Tak kenal maka tak cinta, tapi siapa tak mengenal keropok lekor? Apa yang menarik tentang keropok lekor adalah inovasi untuk memodenkannya, dengan mencampuri sos mayones dan keju dengan keropok lekor untuk rasa unik yang sungguh memuaskan!

Melaka: Pai Tee
Melaka bukan sahaja terkenal kerana sejarahnya, tetapi . Pai Tee merupakan kon kecil yang rangup, dihidangkan dengan campuran sayuran potongan ‘julienne’ dan daun ketumbar. Modenkan kudapan tradisional ini dan penuhkannya dengan bahan-bahan berlainan seperti daging, buah ataupun ais krim!

Perak: Roti Telur Goyang
Kudapan yang bermula di Ipoh, Perak, Roti Telur Goyang merupakan hidangan telur separuh masak yang disajikan di atas roti bakar. Kudapan ini sangat digemari untuk sarapan pagi serta minuman petang. Disebabkan populariti Roti Telur Goyang, pelbagai variasi hidangan ini telah muncul. Gunakan sedikit kreativiti, berasaskan sentuhan peribadi anda, seperti kaya, sayuran panggang, hirisan daging, ataupun telur ‘benedict’!

Johor: Murtabak ‘Cheese’
Bayangkan jika anda menggabungkan murtabak dengan keju: piza ala Malaysia! Popular di Johor, trend Murtabak ‘Cheese’ juga membuat kemunculan di negeri lain, tetapi tak begitu terkenal. Dapatkan nisbah yang sesuai dengan daging, keju serta sos cicah, dan pasti ramai yang akan beratur di gerai anda untuk mencubanya.

Kedah: Kuih Karas
Inginkan kudapan yang ringan dan senang untuk dimakan waktu siang? Kuih karas merupakan pilihan yang paling baik! Ia dibuat dengan tepung beras dan kulit kelapa, sebelum dihiaskan dalam bentuk ‘crepe’ rangup. Kudapan yang manis, sesuai untuk mereka yang ingin menjaga pengambilan gula.

Sabah: Lokan Bakar
Sudah bosan dengan kerang atau kima panggang? Jangan risau, penduduk Sabah mempunyai versi mereka sendiri dengan Lokan Bakar, sejenis kerang di Malaysia Timur. Ia sangat popular dan boleh menarik perhatian pelancong dari Brunei dan Indonesia. Lokan Bakar selalunya dihidangkan dengan sos cicah yang manis dan pedas. Jangan lupa minuman kelapa untuk menyegarkan diri anda sambil menikmati hidangan ini.
Kembali kepada Demam Bola Sepak
Here's what you get
- A chance to join our free sampling promotions
- New dish ideas from our chefs
- The latest trends and training modules