Makanan untuk Juara Dunia
Alternatif yang sihat lagi lazat untuk memenangi hati pelanggan.

Kejohanan bola sepak yang paling berprestij di dunia semakin menghampiri, dan pemain bola sepak profesional gian berlatih, untuk mengekalkan prestasi di atas padang. Salah satu komponen penting untuk mengekalkan prestasi tersebut adalah rejimen pemakanan yang mengandungi sayur, protein dan karbohidrat. Supaya mereka mematuhi diet yang ketat ini, pemain bola sepak diberi pelbagai makanan yang sihat, penuh nutrisi, dan paling penting, sedap. Berikut merupakan beberapa petua untuk memastikan tetamu anda mengalami pemakanan bak juara.

Telur Dadar Sayur Campur dengan Avokado

Hidangan ini mengandungi lemak dan protein sihat yang memberi tenaga untuk memulihkan badan. Selalunya, cendawan ‘shiitake’ dan tomato kering digunakan untuk telur dadar, tetapi anda boleh menjadi kreatif dan menggunakan kombinasi sayuran yang sesuai untuk anda. Campur sedikit keju, sapu sedikit avokado dan sajikan dengan roti rai.

Ayam Belanda dengan Rempah Thai dan Quinoa

Hidangan yang mudah disediakan dan boleh disajikan begitu saja; juga boleh ditukarkan kepada kari, ataupun dinikmati dengan roti mil penuh. Gayakan sedikit resipi ini dengan zucchini, bawang putih dan cili segar. Jangan malu-malu, terokai lebih lagi kombinasi untuk hidangan ini. Ayam belanda mengandungi tryptophan, yang boleh memastikan tidur yang sihat. Quinoa pula memberi karbohidrat baik dan protein lebihan untuk badan.

Mi Goreng Asparagus dan Cili

Hidangan inspirasi Asia ini pasti memuaskan selera tetamu anda. Kalau teringin, anda boleh tambah sayur seperti cili belanga, dan bereksperimen dengan kepekatan serta bahan-bahan dengan kuahnya. Daging kambing tanpa lemak sarat dengan zat besi, yang boleh menyampaikan oksigen ke seluruh badan anda ketika bersenam. Asparagus pula penuh dengan folat dan vitamin C.

Filet Stik Tanpa Lemak dengan Kentang Manis Panggang

Daging filet stik tanpa lemak yang dibakar dengan sajian kentang manis merupakan salah satu cara untuk mendapat protein dan karbohidrat. Bakar stik secukup rasa dengan bawang merah, bawang putih dan minyak zaitun untuk rasa kemanisan yang memuaskan. Cuba kombinasi lain seperti lada dan sos cendawan, atau tukarkan kentang manis dengan sajian nasi basmati, salad atau sayuran panggang.

Sarbet Limau Strawberi dengan Madu

Pencuci mulut yang menggabungkan dua jenis makanan; ringan, menyegarkan dan tidak mengandungi gula disebabkan madu yang manis secara semula jadi. Madu juga mengandungi vitamin penting untuk memulihkan sambil memberi tenaga kepada badan. Persembahkan pencuci mulut ini dengan madu atau beri segar.
Kembali kepada Demam Bola Sepak
Here's what you get
- A chance to join our free sampling promotions
- New dish ideas from our chefs
- The latest trends and training modules