Saya bekerja di...

Teruskan

Kandungan anda sedang diadaptasikan kepada jenis perniagaan anda

Susu, telur, dan kekacang mungkin nampak macam makanan yang selamat untuk hampir kesemua orang, namun makanan-makanan ini juga merupakan tiga teratas di dunia yang paling memberikan alahan. Walaupun tidak begitu lazim di Asia Tenggara, bilangan kes alahan semakin meningkat setiap tahun. Disebabkan itu, anda perlu mula bersedia untuk menerima pertanyaan dan permintaan daripada para pelanggan anda berkaitan juadah-juadah anda yang berisiko untuk memberikan mereka alahan. Antara langkah-langkahnya:


Penyediaan menu

Berlaku teluslah dengan bahan-bahan anda. Senaraikan alergen-alergen di dalam setiap hidangan anda supaya para pelanggan tahu dan dapat membuat pilihan jika perlu. Sediakan juga menu khusus untuk para pelanggan anda yang mempunyai alahan untuk membuat pilihan tanpa keraguan.

Di dapur, pastikan chef-chef anda bersedia dengan senarai bahan-bahan atau resipi-resipi alternatif untuk permintaan-permintaan khas tersebut.



Latihan dan didikan untuk kakitangan anda

Mulalah mendidik pelayan-pelayan anda untuk bertanya para pelanggan tentang alahan makanan, kesesuaian bahan-bahan masakan, atau diet khas mereka sebelum mengambil pesanan. Ada tetamu yang mungkin malu untuk berkongsi secara sukarela, jadi para pelayanlah yang perlu bertanya dengan penuh hemah.

Jika dapur anda tidak dapat menyediakan pesanan tersebut, didik pelayan-pelayan anda untuk terus bekerjasama dengan sopan. Cadangkan pilihan lain, atau cari jalan untuk memastikan pelanggan anda dapat terus menikmati restoran atau hotel anda. Lebih baik melayan dengan bersopan-santun daripada menidakkan mereka terus. Siapa tahu, mereka mungkin akan menguar-uarkan kepada sahabat handai mereka tentang layanan baik anda.



Wujudkan sistem yang mesra pelanggan
 
Pastikan kakitangan anda—tak kira di dapur atau di restoran—selaras dan sekata dalam menangani permintaan-permintaan khas. Salah satu caranya ialah, apabila pelayan menerima pesanan khas, ia akan diberikan kod warna khas supaya chef-chef anda tahu untuk mengasingkan peralatan memasak semasa menyediakan pesanan tersebut bagi mengelakkan pencemaran.

Dengan mengikuti panduan mudah ini, anda dapat memberikan pengalaman yang tenang dan bebas keraguan kepada para pelanggan anda. Dengan memenuhi permintaan khas mereka, anda mungkin beroleh seorang lagi pelanggan setia.


Kembali kepada Di Bawah Topi Chef

Continue watching video?

Cipta sebuah akaun

Here's what you get

  • A chance to join our free sampling promotions
  • New dish ideas from our chefs
  • The latest trends and training modules