Saya bekerja di...

Teruskan

Kandungan anda sedang diadaptasikan kepada jenis perniagaan anda

Bagi menjayakan sesebuah restoran, adalah penting untuk mencipta suasana mesra yang menawarkan pengalaman menikmati hidangan yang memuaskan – walaupun ruangnya agak terhad.


Merancang Lebih Awal


Ambil kira konsep menikmati hidangan yang disediakan oleh restoran anda – sama ada konsep makan secara mewah atau konsep makanan segera kasual yang mana terdapat kadar pusingan ruang duduk yang tinggi. Adalah penting untuk meneliti semua butiran secara terperinci di dalam membuat rancangan bagi mendapatkan susun atur yang paling efisien. Bila anda fokus mengikut konsep, bolehlah anda memikirkan idea rekaan keseluruhan secara kasar berdasarkan paras keselesaan untuk para pelanggan.


Perabut Yang Fleksibel


Adalah penting untuk mengambil kira kapasiti restoran anda dari segi meja berbanding kerusi. Atasi masalah susun atur yang tidak efisien dengan meletakkan meja di dalam saiz yang berlainan di restoran. Dengan cara ini, meja kecil untuk dua orang boleh dinikmati oleh pelanggan yang hanya datang berdua, manakala pelanggan yang datang sekeluarga atau sekumpulan boleh duduk di meja yang lebih besar.

Untuk memaksimumkan susun atur ini, rancang perabut anda agar boleh diubah susunannya. Susun atur yang fleksibel membolehkan meja yang lebih kecil disambung ke meja yang lebih besar dengan usaha yang minimum.


Penyelesaian Hidangan Secara Moden


Gaya terkini menikmati hidangan mengikut rekaan restoran moden terdiri daripada meja yang dikongsi oleh sekumpulan pelanggan. Dengan menambahkan bilangan kerusi di ruang yang sama, restoran mampu mencipta pengalaman menikmati makanan dengan interaksi sosial yang lebih baik di kalangan pelanggan. Dalam masa yang sama, ianya efektif untuk jumlah bilangan pelanggan yang besar.

Kembali kepada KESELAMATAN MAKANAN

Continue watching video?

Cipta sebuah akaun

Here's what you get

  • A chance to join our free sampling promotions
  • New dish ideas from our chefs
  • The latest trends and training modules