Saya bekerja di...

Teruskan

Kandungan anda sedang diadaptasikan kepada jenis perniagaan anda

Sebagai chef, kami tahu setiap hidangan termasuklah hidangan Barat amat dipengaruhi oleh pelbagai factor seperti citarasa pelanggan yang sering bertukar ganti, budaya tempatan dan tren makanan.

Jadi apakah 3 tren yang membentuk dunia hidangan Barat sekarang?

1. Sos Ibu


Usaha Auguste Escoffier dalam memodenkan teknik klasik masakan Perancis telah menjadi asas dunia kulinari hari ini, terutamanya 5 ibu sos yang dipopularkan oleh beliau:

  • Béchamel (atau sos putih)
  • Espagnola
  • Velouté
  • Hollandaise
  • Tomato

Biarpun semakin banyak sos telah dicipta untuk hidangan Barat, ia adalah tidak sukar untuk mengenali bahawa sos-sos ibu ini adalah asas kepada semua ciptaan baru ini.

Oleh itu, samada anda menghidangkan masakan Itali atau hidangan fusion Barat yang enak, anda perlu tahu asas sos-sos ini.

2. Cara menghidang dan juadah hidangan

Meskipun telah melalui pelbagai definisi yang sering berubah-ubah, sajian Barat masih mempunyai beberapa peraturan untuk memastikan ia mengekalkan ciri klasiknya. Penyajiannya contohnya tidak berubah secara drastik. Ia amatlah lazim untuk melihat sumber protein (samada daging, ikan atau ayam) digandingkan dengan sumber karbohidrat (kentang, nasi atau pasta) dan beberapa jenis sayuran sebagai hidangan utama. Manakala, sup dan salad pula masih disajikan pada awal hidangan sebelum disusuli dengan pencuci mulut pada akhir sajian.


 

3. Pengaruh Nordic

Pada masa kini, tumpuan telah teralih kepada masakan dan bahan-bahan yang digunakan oleh negara-negara Nordic seperti Denmark, Norway, Sweden dan Finland. Dengan peningkatan minat orang ramai mengenai asal-usul makanan, trend Nordic ini membawa kesan terhadap masakan Barat di seluruh dunia dengan ideologi kulinari dan teknik masakannya.


Daripada menapai dan menjeruk makanan ke mengawet ikan, definisi hidangan Barat sekali lagi dirombak dan muncul dengan rangkaian ramuan, gaya dan teknik yang lebih luas daripada sebelum ini.

Dengan mengikuti semua perkembangan terbaru dalam tren masakan bukan sahaja dapat menolong anda mencipta hidangan yang lebih lazat, malahan mampu membuat pelanggan dan semua yang aktif di dalam perniagaan makanan ingat akan restoran anda.


Kembali kepada KNORR WORLD CUISINES

Continue watching video?

Cipta sebuah akaun

Here's what you get

  • A chance to join our free sampling promotions
  • New dish ideas from our chefs
  • The latest trends and training modules