Saya bekerja di...

Teruskan

Kandungan anda sedang diadaptasikan kepada jenis perniagaan anda

Untuk menjadi seorang chef yang baik, ia bukan saja  tentang bagaimana untuk menterbalikkan telur dadar dengan bergaya atau memperisakan stik dengan baik, anda juga memerlukan kemahiran organisasi yang baik, sebuah kalkulator yang boleh dipercayai, dan sedikit-sebanyak kemahiran matematik kulinari untuk mendapatkan tempat teratas. Terdapat banyak cara untuk mengira kos makanan. Salah satu kriteria utama ialah kos makanan haruslah berada dalam lingkungan 33% dari harga menu. Berikut ialah panduan asas untuk mengira kos anda dan bagaimana untuk meletakkan harga yang sesuai.


1. Tahu ramuan anda.

Senaraikan jenis dan sukatan ramuan yang akan digunakan dalam setiap hidangan. Ia mungkin kelihatan tidak penting untuk senaraikan ramuan seperti garam, serbuk lada putih atau minyak masak, namun ia amat harus dilakukan jika anda mahu mengira kos yang tepat.

2. Kawalan sukatan. 

Anda tidak mahu sebuah hidangan bergedil ketam bersaiz mini berubah menjadi saiz jumbo bila dimasak oleh chef yang berbeza.Anda sepatutnya boleh berkomunikasi dengan kumpulan chef anda untuk memastikan sukatan yang digunakan adalah konsisten. Gunakan alat penimbang untuk menyukat setiap sukatan pada awal penyediaan, lambat-laun anda akan menimba pengalaman dalam menentukan anggaran sukatan yang tepat setelah menyediakan hidangan yang sama berulang kali. Sentiasa ingat yang sukatan akan mempengaruhi kos dan kos akan memberi kesan kepada margin terakhir.


3. Hitung kos bagi setiap bahan yang digunakan.

Sebagai contoh, sekiranya anda menggunakan 10 gram udang, bahagikannya  berdasarkan arahan invois anda. Jangan lupa untuk masukkan kos-kos lain seperti cukai perkhidmatan, caj penghantaran dan pelbagai kos lagi yang berkenaan.


4. Menentukan harga menu

Berapa banyak pun jumlah kos sajian anda, ia harus berada dalam lingkungan 33% dari harga menu anda. Sebagai contoh jika sajian anda berharga $24, kos makanan anda haruslah sebanyak $8. Sekiranya saiz sajian anda makin meningkat namun harga makanan anda masih kekal, kos makanan anda akan makin tinggi tapi margin keuntungan anda semakin rendah.

5. Pelanggan amat peka pada harga

Kenaikan harga sebanyak satu atau dua dollar kerana beberapa kos yang berlainan, namun ia akan  dikesan oleh pelanggan yang sangat peka mengenainya, dan oleh itu ketepatan dalam membuat kiraan dan sukatan haruslah dititiberatkan.

Meletakkan harga menu yang betul dan mencapai keseimbangan yang sempurna di antara menggembirakan hati pelanggan dan mencari keuntungan bukanlah perkara yang mudah. Namun demikian, ia adalah langkah yng perlu dan penting untuk memastikan kejayaan perniagaan anda.


Kembali kepada KNORR WORLD CUISINES

Continue watching video?

Cipta sebuah akaun

Here's what you get

  • A chance to join our free sampling promotions
  • New dish ideas from our chefs
  • The latest trends and training modules