Saya bekerja di...

Teruskan

Kandungan anda sedang diadaptasikan kepada jenis perniagaan anda

Sepanjang hidupnya, beliau begitu meminati bidang masakan dan dengan kebolehan semulajadi untuk memasak, Mark telah bekerja dengan chef-chef terbaik di dunia, di dalam dapur-dapur yang penuh berprestij di seluruh negara.

Ketahui dari Chef Mark Sargeant sekarang

Get to know Mark Sargeant

2.02

Pada usia muda lagi, Mark Sargeant telah tahu bahawa memasak adalah sesuatu yang datang secara semulajadi bagi dirinya.

Kerja pertamanya selepas memperoleh ijazah dari kolej adalah di Boodles Gentlemen’s Club di St James’ London. Beliau bekerja dengan Keith Podmore. Ini adalah satu pengenalan hebat ke makanan tradisi British dan latihan ideal untuk chef muda ini.

Bekerja degan chef-chef terkemuka dunia

Semenjak itu, Mark telah bekerja di banyak restoran berbintang Michelin di London dan tempat-tempat lain, dan dalam proses beliau telah memenangi anugerah Chef Muda Tahunan. Beliau bekerja dengan chef terkemuka seperti mendiang Peter Kromberg, Steven Terry dan Gordon Ramsay.


Pada 2001, Mark telah diberi jawatan Ketua Chef di restoran baru Gordon Ramsay di Claridges. Beliau meraih satu bintang Michelin setahun kemudian, dan dianugerahi Chef Tahunan. Mark bekerja selama 7 tahun sebagai Ketua Chef di sana.

Berkongsi keghairahan untuk masakan

Sepanjang 13 tahun kariernya bersama Gordon Ramsay, Mark telah mengarang bersama 12 buah buku, menulis ruang untuk majalah Times, Olive dan BBC Good Food, dan juga membantu dalam produksi program televisyennya di UK dan luar negara.
 

Mark juga telah membuka tiga restoran, menjadi hos program ‘Saturday Cookbook’ di ITV, dan menjadi Chef Direktor untuk program ‘Plum and Spilt Milk’ pada 2013, dan ‘The Strand Dining Rooms’ pada 2015.


Kembali kepada KNORR WORLD CUISINES

Continue watching video?

Cipta sebuah akaun

Here's what you get

  • A chance to join our free sampling promotions
  • New dish ideas from our chefs
  • The latest trends and training modules