Saya bekerja di...

Teruskan

Kandungan anda sedang diadaptasikan kepada jenis perniagaan anda

Karbohidrat adalah raja di Asia, di mana banyak hidangan yang digandingkan dengan mi atau nasi. Tidak seperti masakan Asia, bintang kepada masakan Barat ialah komponen protein. Tetapi ia juga tidak boleh berdiri dengan sendirinya. Di sini, kami meneroka apa lagi yang diperlukan untuk menghasilkan hidangan yang serba lengkap.

1. Kentang

Kentang adalah salah satu daripada karbohidrat yang paling digemari dan versatil dalam masakan Barat. Ia boleh terhasil dalam pelbagai bentuk bergantung kepada bagaimana anda memotong dan memasaknya. Sebahagian daripada jenis yang paling popular ialah:

  • Kentang bakar
  • kentang panggang
  • Kentang lenyek
  • kentang goreng

 

 

Stik Goreng atau Steak Frites (stik dan kentang goreng), Fish and Chips dan potato au gratin adalah sebahagian dari contoh kepentingan kentang dalam dunia kulinari.

Chef kami mengesyorkan:

Kentang panggang bersama kulit dengan daun  rosemary dan bawang putih, pommes gratin (hirisan kentang panggang dengan krim dan keju), kentang gnocchi dan salad kentang dengan pancetta.

2. Salad


Salad sering memberikan sedikit keasidan atau kesegaran yang boleh memotong profil rasa daging dan karbohidrat yang agak kaya dalam hidangan.

Salad biasanya dihidangkan sejuk, dan sama ada pada permulaan makan atau bersama-sama dengan hidangan utama. Salah satu variasi yang paling popular iaitu garden salad atau salad taman yang mana adalah campuran daunan hijau yang biasanya terdiri daripada salad, kale, arugula, bayam, timun, lobak-lobak, buah-buahan atau kekacang.

Terdapat pelbagai cara untuk membuat salad dengan rasa yang hebat. Caprese tomato merupakan salad Itali klasik yang diperbuat daripada keju mozarela, tomato, daun selasih dan minyak zaitun. Salad timun dengan balsam vinaigret yang rangup dan menyegarkan dan memberikan tusukan kepada rasa protein yang sangat kaya. Salad quinoa dengan biji delima dan bawang merah pula ialah makanan berkhasiat dan lazat dimakan begitu sahaja.

 

 

Caprese tomato merupakan salad Itali klasik yang diperbuat daripada keju mozarela, tomato, daun selasih dan minyak zaitun.

Salad juga boleh dijadikan sebagai hidangan utama. Hanya tambah beberapa keping daging lembu batang pinang yang telah digril atau beberapa ketul ayam panggang dan anda sudah mempunyai makanan yang kaya berprotein dan segar.

Chef kami mengesyorkan:

Salad sampingan dari daun salad, tomato, timun dan vinaigret

3. Pasta


Salad pasta biasanya dianggap hidangan sampingan yang berat kerana sering dipasangkan dengan sos mayonis. Tetapi ada cara lain untuk membuatkan hidangan ini menjadi hidangan sampingan yang segar dan lazat. Masukkan kepingan ayam atau ikan panggang, beberapa biji buah zaitun, tomato, kaper dan lengkapkan dengan sos herba yang ringan. Hasilnya? Satu salad pasta sihat yang tidak akan memberatkan perut anda selepas makan.

Chef kami mengesyorkan: 

Salad sejuk soba cendawan, pasta pesto dengan cendawan shiitake dan kacang pain.


Kembali kepada KNORR WORLD CUISINES

Continue watching video?

Daftar akaun

Here's what you get

  • A chance to join our free sampling promotions
  • New dish ideas from our chefs
  • The latest trends and training modules