Saya bekerja di...

Teruskan

Kandungan anda sedang diadaptasikan kepada jenis perniagaan anda


Sajian Amerika adalah satu sajian yang sukar untuk ditafsir memandangkan ia diperkenal dan dipengaruhi oleh pendatang yang datang ke Amerika pada tahun-tahun terdahulu. Dari Timur Utrara  hingga ke Atlantik Tengah, Selatan hingga ke Barat Selatan, gabungan esentrik makanan eksotik yang membentuk Amerika hari ini adalah pelbagai dan unik – daripada stik, sandwic dan burger.

Ini merupakan gabungan yang sangat unik, terutamanya apabila ia diperbuat daripada pelbagai bahan – ayam, gandum, jagung dan roti. Komponen ini merupakan kunci kepada apa sahaja sajian Amerika. Yang paling klasik adalah piza, burger, hot dog dan pot pie. Bagaimanapun, untuk memberi takrifan kepada sajian mengikut asalnya adalah satu perkara yang sungguh berbeza.


Wilayah Selatan Utara (Maine, New Hampshire, Massachusetts) sering menawarkan pelbagai sajian laut, memandangkan lokasinya berhampiran dengan Lautan Atlantik. Udang kara dan kepah digunakan secara besar-besarkan, dan sajian popular seperti Lobster Roll dan Clam Chowder sentiasa mendapat tempat di hati pelanggan.

Manakala, sajian daripada Selatan (Texas, Florida, Tennessee) mempunyai kandungan yang lebih berat dengan kaedah masakan gorengan dan barbeku. Jagung, nasi dan ayam menjadi sebahagian daripada bahan asas untuk sajian gabungan. Daging barbeku, ayam goreng dan puding roti pula antara sajian dari Selatan yang popular.


Dikenali sebagai makanan utama Amerika, wilayah barat tengah (Illinois, Michigan, Wisconsin) adalah merupakan  pusat pengeluaran bijian, terutamanya gandum, jagung dan soya. Kerana ini jugalah sajian wilayah barat tengah ini sentiasa memuas dan mengenyangkan seperti Puding Roti, Chicago Deep Dish Pizza dan Sandwic Daging Batang Pinang Babi.


Kembali kepada KNORR WORLD CUISINES

Continue watching video?

Daftar akaun

Here's what you get

  • A chance to join our free sampling promotions
  • New dish ideas from our chefs
  • The latest trends and training modules