Saya bekerja di...

Teruskan

Kandungan anda sedang diadaptasikan kepada jenis perniagaan anda

Umum tahu yang orang Perancis sangat bangga dengan makanan mereka. Lagipun, sajian Perancis dianggap sebagai salah satu peneraju sajian moden.


Walaupun ianya nampak rumit dari segi teknik dan kaedah, asas masakan Perancis sebenar terletak pada kebolehan sajian yang menghasilkan pelbagai perisa dan pada masa yang sama, turut mengenengahkan kualiti bahan utama.

Orang Perancis percaya dengan kaedah kepelbagaian masakan untuk melengkapkan komponen hidangan unggul – mungkin kerana itulah teknik seperti saute, panggang, brais dan reneh kekal sebagai kegemaran klasik. Selain daripada bahan asas seperti mentega dan keju, sajian tradisi Perancis lebih banyak menggunakan bahan mentah tempatan, bermula daripada cendawan dan daun kucai hinggalah kepada sumber tenusu, daging lembu dan kambing.


Sajian Perancis asli biasanya terdiri daripada tiga peringkat – bermula daripada hors d'œuvre (disebut sebagai ‘or-derves’), ia merupakan pembuka selera ataupun sajian permulaan. Pilihan popular terdiri daripada Soupe à l'oignon (Sup Bawang Perancis), Escargots à la Bourguignonne (Siput dengan Mentega Herba –Bawang Putih) hinggalah kepada Smoked Salmon Canapes.

Ianya diikuti oleh plat principal (disebut sebagai plah-pren-see-pal), ia turut dikenali sebagai sajian utama dan kebanyakannya terdiri daripada protein, Pot-au-feu (Stu Daging Perancis), Blanquette de Veau (Veal Ragout) dan Classic Sole Meunière (Pan-Fried Dredged Fish). Ini adalah antara sajian kegemaran  di kalangan orang Perancis. Sajian ini biasanya dihidangkan bersama baguette dan sayuran, serta dihidangkan di sisi hidangan utama.


Biasanya sebelum sajian pencuci mulut, pilihan hebat daripada keju artisan akan dihidangkan sebagai melambangkan berakhirnya sajian utama tersebut dan untuk beralih ke acara yang lebih kasual. Selepas itu, sajian pencuci mulut tradisional yang sering menjadi kegemaran seperti Crème brûlée, Chocolate Mousse dan Profiteroles dihidangkan.


Kembali kepada KNORR WORLD CUISINES

Continue watching video?

Daftar akaun

Here's what you get

  • A chance to join our free sampling promotions
  • New dish ideas from our chefs
  • The latest trends and training modules