Saya bekerja di...

Teruskan

Kandungan anda sedang diadaptasikan kepada jenis perniagaan anda

Millennial merupakan individu segmen MICE (Mesyuarat, Insentif, Persidangan dan Pameran) termuda dan yang mengalami pertumbuhan terpantas. Pihak pengurusan hotel kini semakin aktif menggandakan inisiatif bagi menyesuaikan dan memenuhi kehendak demografik berusia muda ini. 

Generasi Baby Boomer sukakan sesuatu yang klasik dan menenteramkan apabila menginap di hotel lima bintang.

Bagaimanapun sejak akhir-akhir ini, banyak perusahaan penginapan telah memperkenalkan rangkaian perkhidmatan yang menumpukan terhadap gaya kontemporari bagi memenuhi selera pengunjung kategori Millennial, generasi yang muncul selepas Baby Boomer.

Generasi Millennial adalah kelompok individu berumur di antara 18 hingga 35 tahun. Mereka lebih berpendidikan, celik teknologi dan gajet berbanding generasi terdahulu. Kumpulan paling berusia generasi ini (individu pertengahan 20-an ke atas) telah pun membentuk peratusan besar dalam kategori pengunjung MICE dan dijangka akan terus bertambah seiring peningkatan usia dan kestabilan kerjaya mereka. Laman web tempahan percutian, Expedia, melaporkan generasi Millennial berusia lewat 20-an dan awal 30-an yang memegang jawatan sebagai pengurus dan eksekutif semakin meningkat. Mereka juga melakukan perjalanan melibatkan pekerjaan kira-kira lima kali setahun, dua kali lebih banyak berbanding individu berusia 35 tahun ke atas.

Di Asia Tenggara sahaja, suku daripada populasinya dibentuk oleh 130 juta generasi Millennial. Berdasarkan corak perjalanan global, firma pemasaran HotelRez meramalkan, menjelang tahun 2030, jumlah perjalanan dalam kalangan generasi ini akan mencecah 78 juta orang. Ramalan lain pula mendapati, sebanyak 75% daripada perbelanjaan perjalanan dalam tempoh 10 tahun akan datang disumbangkan oleh generasi Millennial.

Mereka berjalan dengan duit yang banyak. MasterCard melaporkan, generasi Millennial mempunyai lebih AS$4 trilion pendapatan lebihan untuk dibelanjakan pada tahun 2015. Kebanyakannya juga mempunyai akaun perbelanjaan korporat dengan 42% daripadanya lebih kerap menggunakan wang syarikat berbanding wang sendiri.

Mereka menggabungkan waktu bekerja dan bercuti dan menjadikan ia satu amalan. Sebanyak 62% daripada mereka juga cenderung memanjangkan perjalanan bekerja dengan mengubah ia menjadi satu percutian, berbanding rakan sejawat yang lebih berusia. Bagi menarik minat mereka, industri perhotelan perlu peka dengan cita rasa mereka.

Respons sektor perhotelan terhadap perkembangan ini adalah dengan membina hotel baharu atau memperbaharui konsep hotel sedia ada bagi memenuhi keperluan mereka. Rangkaian hotel mewah di Asia Tenggara, Hotel Jen, misalnya, telah melakukan transformasi terhadap beberapa hotelnya di Pulau Pinang, Manila dan Johor Bahru dengan mengubah ia menjadi lebih bergaya dan moden.

“Soalan yang sering menghantui kami adalah ‘Bagaimanakah cara menghasilkan sesuatu yang segar dan relevan untuk generasi Millennial yang berjiwa muda ini”? jelas Pengurus Pembangunan Hotel Jen,  Howard Ho.1

Perubahan yang dilakukan sektor perhotelan ini adalah atas dasar tahap kesedaran yang tinggi generasi Millennial terhadap penjenamaan, permintaan yang boleh dipercayai dan tahap relevan terhadap jenama-jenama kegemaran mereka. Perunding Perniagaan Ipsos melaporkan, Pengarah Digital dan Pusat Sosial untuk Kecemerlangan Lenovo, Rod Strother, menyatakan, “Generasi Millennial mahukan satu perhubungan dengan sesebuah jenama. Mereka ingin membentuk kepercayaan dengan syarikat yang cemerlang perkhidmatannya.”

Kecemerlangan itu boleh diadaptasi untuk apa sahaja sama ada produk atau perkhidmatan; alam semula jadi sehinggalah makanan. Ia bukan sekadar tentang rasa makanan yang dijual; apa yang penting adalah dari mana makanan itu datang. Ia akan lebih baik sekiranya produk tersebut organik, diperbuat daripada sumber tahan lama dan dihasilkan di dalam negara (tempatan) bagi meminimumkan jejak karbon.

Generasi Millennial mahukan yang terbaik untuk tubuh mereka, dengan memilih makanan berkhasiat yang bebas daripada bahan kimia atau bahan tambahan.

Menurut konsultan F&B, The Hartman Group, seramai satu pertiga daripada generasi Millennial membaca label pada pek makanan terlebih dahulu bagi memastikan makanan yang dibeli adalah lebih berkhasiat, manakala sepertiga pula akan memilih makanan dan minuman yang paling rendah kandungan bahan tambahan.

Ketika kelompok Millennial hadir ke mana-mana acara MICE, mereka tidak akan mengambil makanan dalam kuantiti yang banyak sekali gus. Pemerhatian yang dijalankan Travel Market Report mendapati, cara pemakanan mereka lebih kepada pengambilan amaun yang sedikit dengan kadar kekerapan lebih tinggi, gemar mencuba dan berkumpul beramai-ramai dengan berpandukan diet tertentu. Ini bermakna, bufet di hotel yang menawarkan kepelbagaian dan pilihan pasti menarik perhatian mereka.

Maka, bukanlah sesuatu yang mengejutkan apabila mendapati generasi Millennial lebih banyak bergerak dan gemar meluangkan waktu sosial yang lebih lama ketika makan. Dalam laporan yang sama, Pakar Media Sosial, Philippe Cesson, yang mengetuai agensi pemasaran Cesson 3.0, mengatakan sebanyak 36% kelompok Millennial cenderung bekerja di lobi berbanding di bilik masing-masing. Pada persepektif mereka yang berumur lingkungan 20-an dan 30-an ini, pelaksanaan kerja tidak semestinya terhad di sebali sebuah meja sahaja.

Paling penting, apabila mereka ditawarkan dengan hal-hal yang menarik perhatian, seperti kisah-kisah keunikan kebudayaan setempat, makanan yang sihat dan mendalami maklumat tentang negara dilawati, mereka pasti akan lebih teruja dan sanggup berbelanja untuk menikmati pengalaman tersebut.

 

Kembali kepada Perjumpaan Yang Produktif

Continue watching video?

Cipta sebuah akaun

Here's what you get

  • A chance to join our free sampling promotions
  • New dish ideas from our chefs
  • The latest trends and training modules