Saya bekerja di...

Teruskan

Kandungan anda sedang diadaptasikan kepada jenis perniagaan anda

Hari ini, pasangan muda lebih cenderung untuk mengadakan majlis perkahwinan secara minimalis yang lebih peribadi, namun dalam masa yang sama masih menggenggam erat tradisi dan permintaan ibu bapa.

Terdapat beberapa cara untuk menjadikan hotel anda sebagai pilihan untuk menjalankan perkahwinan, sambil membawa pulangan lumayan. 

Serlahkan keunikan anda

Serlahkan keunikan anda

Pasangan pengantin gemarkan kelainan untuk perkahwinan mereka. Uar-uarkan keunikan hotel anda seperti sejarahnya, lokasinya, chef selebriti, atau keistimewaan persembahan makanan anda di media sosial, di mana kebanyakan khalayaknya adalah generasi muda. 

Video promosi

Video promosi

Buatkan tetamu anda jatuh cinta dengan hotel anda sama seperti mereka meraikan cinta mereka sendiri. Serlahkan keindahan dewan atau ruang yang menarik, lebih baik jika menampilkan hadirin di dalam video tersebut (tak kiralah lakonan atau rakaman dari acara sebenar). Suasana yang meriah akan membuatkan bakal tetamu anda berasa teruja. Pelbagaikan juga gaya hotel anda: jangan hadkan kepada hanya satu gaya sahaja.

Pakej boleh ubah

Pakej boleh ubah

Untuk menjadikan impian pasangan pengantin menjadi realiti, tawarkan beberapa pakej perkahwinan menurut keperluan dan bajet mereka. Maklumkan mereka tentang segalanya: tempat letak kenderaan, servis yang disediakan, bilangan bilik yang boleh ditempah, katering dalaman, acara luar bangunan, dan penginapan untuk rakan-rakan serta saudara-mara. 

Ringankan beban mereka

Ringankan beban mereka

Dengan pelbagai drama yang pastinya berlaku, sesiapa pun yang terlibat dalam perancangan dan pelaksanaan majlis perkahwinan boleh berasa tertekan. Perkara yang kecil boleh memberi kesan yang besar dalam perancangan perkahwinan, dan ia akan menjadi faktor pasangan tersebut untuk menyukai hotel anda (atau tidak). 

Semasa pra-perkahwinan. contohnya, tawarkan makanan percuma atau spa kepada krew perkahwinan untuk melegakan mereka daripada stres dan keletihan. 

Hampir dengan hari perkahwinan pula, sediakan sebuah bilik khas untuk pengantin perempuan, peti sejuk khas untuk mengekalkan kesegaran korsaj, dan servis pengangkutan dari tempat letak kenderaan ke tapak perkahwinan, Ini pasti akan tambah menyerikan lagi hari bahagia pasangan muda tersebut. 

 

Ruang dan keselamatan

Ruang dan keselamatan

Faktor-faktor berikut perlu dipertimbangkan untuk memastikan keselamatan dan ruang yang mencukupi:

  • Adakah lot tempat letak kenderaan mencukupi?
  • Adakah ia cukup terang?
  • Adakah terdapat jalan keluar yang mudah sekiranya berlaku kebakaran?
  • Adakah staf-staf sudah dilatih untuk pemindahan kecemasan?
  • Adakah hotel tersebut mempunyai doktor untuk kecemasan?

Sentuhan peribadi

Sentuhan peribadi

Minuman premium percuma, coklat yang lazat, bunga-bungaan segar atau nota tulisan tangan di dalam bilik pengantin baru – ini merupakan sentuhan kecil yang anda boleh tawarkan untuk merancakkan lagi sambutan cinta. Dengan layanan istimewa, tetamu anda pasti akan menguar-uarkan tentang hotel anda, yang seterusnya akan menjadi iklan terbaik yang selalu diimpikan sesebuah hotel.

Kembali kepada Perjumpaan Yang Produktif

Continue watching video?

Cipta sebuah akaun

Here's what you get

  • A chance to join our free sampling promotions
  • New dish ideas from our chefs
  • The latest trends and training modules