Saya bekerja di...

Teruskan

Kandungan anda sedang diadaptasikan kepada jenis perniagaan anda

Dalam mengusahakan perniagaan makanan, kebersihan makanan merupakan elemen yang paling penting Utamakan Kebersihan Makanan untuk dititikberatkan pada setiap masa. Pada tahun 2015, Persatuan Pengguna Pulau Pinang atau Consumers Association of Penang (CAP) menyatakan bahawa terdapat banyak bukti kes-kes keracunan makanan di negara ini.

“Keracunan makanan berpunca dari bakteria, virus, parasit atau bahan kimia yang telah mengakibatkan kematian sebanyak dua juta orang pada setiap tahun di seluruh dunia termasuklah kanak-kanak,” kata presiden CAP S. M. Mohamed Idris sempena Hari Sihat Sedunia.  Di US sahaja, sebanyak 48 juta kes-kes keracunan makanan berlaku setiap tahun dan telah mengakibatkan 3,000 kematian secara purata pada setiap tahun.

“Malaysia tidak terkecuali dari kes kematian tersebut yang disebabkan oleh makanan yang tidak sihat. Sebanyak 8,0000 kes-kes keracunan makanan yang telah dilaporkan setiap tahun di negara ini. Itu hanya sedikit sahaja dan  belum termasuk lagi dengan kes-kes yang tidak dilaporkan.”

Langkah berjaga-jaga perlu diambil serius demi memastikan para pelanggan tidak mengalami keracunan makanan. Nama cawangan restoran atau gerai anda boleh tercemar jika anda cuai dan tidak memberi perhatian yang sepenuhnya terhadap keselamatan makanan.

Berhati-hati dengan ancaman biologi!

 

Tips untuk kebersihan makanan dan gerai yang baik

Terdapat tiga faktor utama yang boleh menjurus kepada penyakit kerana leka terhadap keselamatan makanan. Ia boleh dikaitkan dengan masa dan suhu, pencemaran dan kebersihan diri.

Masa dan suhu

Masa dan suhu

  • Simpan makanan yang telah dimasak di dalam bekas penyejuk.
  • Kekalkan suhu penyimpanan kering antara 10ºC to 21ºC.
  • Masak makanan dengan sempurna untuk membunuh mikro organisma.
  • Berwaspada apabila memasak makanan secara berperingkat.
  • Masak pada suhu yang betul - 65ºC dan ke atas.

Hapuskan Pencemaran

Hapuskan Pencemaran

  • Sentiasa bungkus dan tandakan item tersebut (tarikh diterima, tarikh pembuatan, tarikh luput dan kuantiti).
  • Amalkan Pertama Masuk, Pertama Keluar (PMPK) untuk kitaran stok.
  • Jangan simpan produk atau bahan toksik di ruang simpanan makanan biasa.
  • Simpan makanan di dalam bekas, kotak atau di rak yang tinggi dan bukannya di atas lantai!
  • Gunakan penutup makanan untuk menghalang pencemaran dari persekitaran sekeliling.

Kebersihan diri

Kebersihan diri

  • Basuh tangan anda selepas mengendali bahan-bahan mentah dan juga selepas pergi ke tandas.
  • Pakai topi atau penutup kepala.
  • Tutup semua luka.
  • Simpan kuku kemas dan bersih.
  • Pakai apron.
  • Pakai topeng muka apabila tidak sihat.


Sentiasa bersihkan tangan anda

  1. Cuci tangan dengan air.
  2. Sabunkan tangan.
  3. Gosok tangan dengan sabun selama 20 saat.
  4. Bersihkan kuku.
  5. Basuh tangan.

Kembali kepada Perniagaan Makanan 101

Continue watching video?

Daftar akaun

Here's what you get

  • A chance to join our free sampling promotions
  • New dish ideas from our chefs
  • The latest trends and training modules