Saya bekerja di...

Teruskan

Kandungan anda sedang diadaptasikan kepada jenis perniagaan anda

Seringkali isu keselamatan dan kebersihan dalam pemakanan hanya menjadi isu selepas berlakunya sesuatu yang tidak diingini. Ketahui cara untuk mencegahnya dengan mengambil langkah-langkah asas pengendalian makanan dan penjagaan kebersihan.

1. Langkah-langkah pencegahan

1. Langkah-langkah pencegahan

Kekurangan pengetahuan dalam pengendalian makanan merupakan ancaman sebenar dalam hal keselamatan dan kebersihan makanan. Jadi, pastikan kakitangan anda dilengkapkan dengan pengetahuan asas dengan menyertai kursus-kursus latihan. Selain itu, wajib juga bagi kakitangan anda mendapatkan pemeriksaan kesihatan dan keselamatan seperti mendapatkan suntikan anti kepialu sebelum mula bekerja dalam industri makanan.

2. Kebersihan diri

2. Kebersihan diri

Pengendali makanan biasanya tidak menyedari bahawa mereka boleh menjadi sumber pencemaran di dapur. Bakteria dari luar dapur boleh menumpang rambut atau pakaian mereka dan membawa patogen yang tak diingini. Dengan mengetatkan peraturan memakai pakaian seragam di dapur, anda boleh meninggikan peluang untuk mengelakkan perebakan bakteria semasa penyediaan makanan.

Sebagai permulaan, perlindungan asas seperti sarung tangan, topi, dan topeng telah terbukti dapat mengurangkan peluang pencemaran. Anda juga boleh mendidik kakitangan anda cara membasuh tangan yang betul untuk meningkatkan mutu pengendalian makanan.

3. Penyimpanan makanan

3. Penyimpanan makanan

Sebagai panduan umum, jangan sesekali menyimpan makanan yang telah dimasak pada suhu bilik selama lebih daripada empat jam. Kalau boleh, pamerkan makanan jualan anda berlindungkan pembungkus plastik, dan jangan sesekali terdedah lama pada persekitaran terbuka. Bahan pencemaran udara memberikan risiko utama, lebih-lebih lagi dalam cuaca panas lembap di Malaysia.

Bahan-bahan mentah beku (daging, sayuran, bahan-bahan tenusu) dan kering (gula, rempah ratus, minyak) perlu diasingkan dan disimpan dengan label yang jelas memaparkan tarikh beli dan luput.

4. Faktor-faktor persekitaran

4. Faktor-faktor persekitaran

Disebabkan kemeriahan bazar Ramadhan, tak hairanlah kita melihat sampah sarap merata-rata. Ini akan bertukar menjadi tempat pembiakan haiwan-haiwan perosak. Jadi, pastikan kita bertanggungjawab untuk membuang sisa-sisa dengan cara yang betul - biarpun kita terpaksa bersusah payah membawa sampah sarap tersebut pulang untuk dibuang di rumah sekiranya tiada lagi tempat untuk membuangnya.

Sentiasalah beringat untuk sentiasa membersihkan persekitaran sambil berniaga. Lama kelamaan tabiat ini akan menghasilkan persekitaran kerja yang bersih dan sihat.


Kembali kepada Perniagaan Makanan 101

Continue watching video?

Cipta sebuah akaun

Here's what you get

  • A chance to join our free sampling promotions
  • New dish ideas from our chefs
  • The latest trends and training modules