Saya bekerja di...

Teruskan

Kandungan anda sedang diadaptasikan kepada jenis perniagaan anda

 

PERTANDINGAN MASAKAN RAJA KUAH KNORR 2018

TERMA & SYARAT

 

Sila baca Terma-terma dan Syarat-syarat ini dengan teliti sebelum anda menyertai Peraduan ini. Dengan menyertai Peraduan ini, anda dianggap telah menerima Terma-terma dan Syarat-syarat ini dan bahawa anda bersetuju mematuhinya. Jika anda tidak menyetujui terma-terma dan syarat-syarat ini, anda tidak harus menyertai Peraduan ini. Penganjur berhak meminda Terma-terma dan Syarat-syarat pada bila-bila masa tanpa notis terdahulu. 

 

MAKLUMAT PERADUAN

TPERTANDINGAN MASAKAN RAJA KUAH KNORR 2017 (“Pertandingan”) ini dianjurkan oleh Unilever (Malaysia) Holdings Sdn Bhd (Co. No. 1532-V) (“Penganjur”). Pertandingan ini bermula pada 1 April  2018, 12:00am & berakhir pada 30 Mei 2018, 11:59pm (“Tempoh Pertandingan”). Penyertaan yang diterima di luar Tempoh Peraduan tidak layak menyertai Peraduan.

Penganjur berhak mengubah, melanjutkan, menggantung atau menamatkan Peraduan menurut budi bicara tunggalnya atau jika Penganjur tidak menerima bilangan penyertaan layak yang cukup atau jika Peraduan tidak dapat diteruskan atas apa jua sebab. Penamatan atau penggantungan tersebut tidak akan membangkitkan apa-apa tuntutan oleh Peserta. Sekiranya terdapat apa-apa perkara yang tidak konsisten atau percanggahan, Terma-terma dan Syarat-syarat Peraduan dalam versi Bahasa Inggeris akan diutamakan. 

 

KELAYAKAN

Peraduan ini dibuka kepada semua warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas (pada tarikh penyertaan dalam peraduan ini) & memiliki Kad Pengenalan Malaysia yang sah. Sekiranya Peserta berumur kurang daripada 18 tahun pada tarikh penyertaan, Peserta dikehendaki untuk mendapatkan kebenaran daripada ibu bapa/penjaga mereka sebelum menyertai Pertandingan ini & dikehendaki untuk mengemukakan surat kebenaran daripada ibu bapa atau penjaga sah mereka, apabila diminta oleh Penganjur. Para kakitangan, pemegang syer, pegawai, pengarah, ejen, pengedar & wakil Penganjur serta setiap syarikat induk mereka, sekutu, bahagian, anak syarikat, ejen, wakil serta agensi Pertandingan & pengiklanan, termasuk ahli-ahli keluarga terdekat (tidak kira di mana mereka menetap) & mereka yang menetap bersama-sama dengan ahli-ahli keluarga terdekat individu tersebut (sama ada berkaitan atau tidak), tidak layak untuk menyertai Pertandingan ini.

Peserta yang pernah terpilih dan terlibat dalam acara Pertandingan Cabaran Raja Kuah Knorr yang dianjur oleh pihak Unilever Malaysia sebelum ini tidak layak untuk menyertai Pertandingan ini. 

Penganjur berhak untuk mengubah, mengeluarkan, atau menyingkirkan mana-mana Peserta yang tidak mematuhi mana-mana Terma & Syarat Pertandingan ini atau sekiranya Penganjur berpendapat bahawa Peserta tersebut tidak mematuhi mana-mana kriteria penyertaan Penganjur.

 

MEKANISME PERADUAN

1. Untuk menyertai Pertandingan ini dan agar berpeluang memenanginya, semua Peserta perlu melakukan yang berikut:

  • Pendaftaran boleh dibuat di www.ufs.com, atau borang peraduan yang boleh didapati di pasar raya & pemborong yang terlibat, atau Facebook Unilever Food Solutions. 
  • Peserta diminta untuk mengisi slogan “Saya ingin menjadi Raja Kuah Knorr 2018 kerana…” dengan tidak melebihi 25 perkataan. Penyertaan perlulah diterima oleh Penganjur sebelum 11:59 malam; 31 Mei 2018 untuk layak.  
  • Isi borang penyertaan dengan betul, lengkap dan jelas. Setiap penyertaan perlulah dilampir dengan resit bukti pembelian produk Knorr terpilih bernilai minima RM10 keseluruhan dalam satu resit; 
  • Produk Knorr terpilih adalah Stok Ayam Knorr 500g/1kg, Pasti Sedap Knorr 750g, Serbuk Limau Nipis Knorr 400g, dan Kentang Lecek Knorr 500g/2kg. 
  • 30 slogan yang terbaik akan dipilih oleh Penganjur dalam sebulan selepas tamat tarikh penyertaan. Agensi pihak ketiga yang dilantik oleh pihak Penganjur akan menelefon Peserta yang terpilih dengan 30 slogan terbaik untuk mara ke peringkat seterusnya dengan menghantar 3 jenis resipi berkuah yang terdiri daripada masakan berkuah jenis kari, kicap dan lemak (kunyit dan santan). Setiap resipi diwajibkan menggunakan Stok Ayam Knorr.
  • Penyertaan resipi boleh dihantar melalui surat-menyurat kepada CABARAN RAJA KUAH KNORR 2018, 23, Jalan Elektron U16/46, Denai Alam, 40150 Shah Alam, Selangor, atau muat naikkan resipi kepada ufs.com/rkk2018

2. Setiap borang penyertaan yang lengkap mestilah diterima oleh pihak Penganjur pada atau sebelum 11:59 pm mengikut tarikh tutup pada 31 Mei 2018. Penyertaan yang diterima sebelum tempoh peraduan & selepas tarikh tutup penyertaan akan dibatalkan dan tidak layak untuk penyertaan & hadiah.

3. Borang penyertaan boleh didapati di pasar raya & pemborong yang terlibat antara bulan April hingga Mei 2018. Peserta juga boleh muat-turun borang penyertaan di laman web www.ufs.com.

4. 10  Peserta akan disenarai-pendek oleh Chef Profesional pihak Penganjur berdasarkan kreativiti resipi untuk bertanding di pertandingan kemuncak Cabaran Raja Kuah Knorr 2018 pada bulan Julai 2018.

5. Semasa pertandingan, Peserta perlu memasak berdasarkan resipi-resipi yang telah dihantar kepada pihak Penganjur. 

6. Kriteria permarkahan adalah seperti berikut: 75% RASA, 15% TEMA PERSEMBAHAN (termasuk pemakaian & hiasan) & 10% KEBERSIHAN, ditentukan sepenuhnya oleh panel hakim/juri yang dipilih oleh pihak Penganjur. Hanya seorang pemenang akan dipilih sebagai RAJA KUAH KNORR 2018, yang akan dipilih berdasarkan pengiraan jumlah markah yang tertinggi and budi bicara tunggal panel hakim/juri.

 

HADIAH

  1. JUARA RAJA KUAH KNORR 2018
    a. Pakej Umrah untuk 2 orang bernilai RM25,000
    b. Wang Tunai berjumlah RM15,000
    c. Barangan & Hamper Penganjur

  2. NAIB JUARA
    a. Wang Tunai berjumlah RM10,000
    b. Barangan & Hamper Penganjur
     
  3. TEMPAT KETIGA
    a. Wang Tunai berjumlah RM6,000
    b. Barangan & Hamper Penganjur

  4. TEMPAT KE-4 – 10
    a. Wang Tunai berjumlah RM1,000
    b. Barangan & Hamper Penganjur
     

Setiap Pemenang yang terpilih hanya berhak memenangi satu (1) hadiah.

1. Semua hadiah diberikan atas dasar “seadanya” dan sama sekali tidak boleh dipindahkan, tidak boleh ditukar dan tidak boleh ditunaikan. 

2. Semua keputusan hakim adalah muktamad dan sebarang surat-menyurat, rayuan atau soalan tidak akan dilayan.

3. Peserta dikehendaki mengemukakan Bukti Identiti semasa atau sebelum penebusan hadiah bagi tujuan penentusahan. Bukti Identiti yang diterima oleh Penganjur adalah dalam bentuk berikut sahaja: Kad Pengenalan/Pasport/Lesen Memandu Malaysia yang sah. Kegagalan untuk mengemukakan apa-apa Bukti Identiti memberikan hak kepada Penganjur untuk menyingkirkan Peserta/Pemenang.

4. Penganjur akan menghubungi Pemenang melalui butir-butir hubungan atau alamat e-mel yang diberikan semasa proses penghantaran penyertaan. Peserta digalakkan supaya memastikan nombor hubungan mereka adalah aktif, dan untuk sering menyemak akaun e-mel mereka.

5. Sekiranya Peserta tidak dapat dihubungi selepas tiga (3) percubaan selama tiga (3) hari berturut-turut, atau jika berjaya dihubungi, memilih untuk tidak menerima hadiah, Penganjur berhak membatalkan kelayakan Peserta dan menarik balik hadiah, atau Peserta seterusnya yang layak boleh dipilih menurut budi bicara Penganjur.

6. Semua Pemenang hendaklah menuntut hadiah mereka dalam masa tiga (3) hari selepas dimaklumkan oleh Penganjur. Sekiranya Pemenang gagal menuntut hadiah mereka atau gagal mencalonkan wakil dalam tempoh masa yang diperuntukkan, Penganjur berhak menarik balik hadiah atau memberikan hadiah kepada Peserta/Pemenang lain. 

7. Pemenang yang memerlukan wakil untuk menuntut hadiah mereka bagi pihak mereka hendaklah memastikan bahawa wakil mengemukakan surat kebenaran yang ditandatangani oleh Pemenang, sesalinan Bukti Identiti Pemenang, dan Bukti Identiti wakil. 

8. Penganjur tidak menjamin ketersediaan hadiah dan Penganjur mempunyai budi bicara tunggal dan mutlak untuk menggantikan sebarang hadiah dengan apa-apa hadiah lain yang serupa nilainya seperti yang ditentukan oleh Penganjur, agennya atau penajanya. 

9. Semua Hadiah yang diberikan oleh Penganjur dan/atau penaja adalah atas dasar “seadanya” dan diterima oleh Peserta tanpa apa-apa jenis waranti atau jaminan, sama ada nyata atau tersirat. Jika diminta oleh Penganjur, Peserta hendaklah menyempurnakan suratikatan pelepasan dan tanggung rugi dalam bentuk yang ditetapkan oleh Penganjur. 

 

HAK-HAK PENGANJUR

10. Peserta bersetuju bahawa semua bahan yang diserahkan oleh Peserta untuk Peraduan ini menjadi kepunyaan Penganjur. Jika berkenaan, hakcipta dan semua hak harta intelek (termasuk hak moral) yang wujud dalam semua bahan termasuk tetapi tidak terhad kepada bahan digital atau bukan digital (contohnya: video dan imej), akan menjadi kepunyaan Penganjur setelah diserahkan. 

11. Penganjur berhak menerbitkan dan menggunakan nama, gambar, imej, rakaman audio dan/atau video yang diserahkan oleh Peserta/Pemenang atau terhadap Peserta/Pemenang bagi tujuan pengiklanan, pemasaran, publisiti dan/atau apa-apa tujuan lain, tanpa sebarang notis terdahulu atau pampasan kepada Peserta/Pemenang. Pemenang tidak berhak menuntut pemilikan atau bentuk pampasan lain terhadap bahan tersebut. 

12. Sebagai balasan bagi Penganjur menawarkan peluang kepada Peserta untuk menyertai Peraduan, Peserta dengan ini secara tak bersyarat dan dengan tak boleh batal menyetujui dan membenarkan perkara berikut:

  • Penganjur dibenarkan menggunakan nama, imej, suara dan/atau gambaran yang serupa dengan Peserta bagi tujuan penyuntingan, pengiklanan, promosi, pemasaran dan/atau tujuan lain tanpa notis lanjut atau pampasan. 
  • Jika dikehendaki oleh Penganjur, Peserta hendaklah dengan sukarela menghadiri penerbitan, rakaman atau publisiti mengenai Peraduan bagi sebarang tempoh yang akan dimaklumkan oleh Penganjur (termasuk tetapi tidak terhad kepada wawancara yang dirakamkan atau tidak dirakamkan, pengambilan foto pegun, rakaman audio dan/atau visual bagi penggunaan promosi dan publisiti (secara kolektif “Rakaman”). Semua kos kehadiran dan penyertaan Peserta hendaklah ditanggung semata-mata oleh Peserta dan Penganjur tidak bertanggungjawab membayar balik apa-apa kos, perbelanjaan, gaji atau pampasan kepada Peserta. 
  • Penganjur mempunyai hak dan budi bicara mutlak untuk mengiklankan dan/atau menyiarkan dan/atau mencetak Rakaman dan/atau menggunakan slogan, nama atau nama panggilan di mana-mana program/salurannya atau di mana-mana perantara pun jua, secara keseluruhan atau sebahagian, menurut budi bicara Penganjur. Semua hakcipta yang wujud dalam Rakaman adalah kepunyaan mutlak Penganjur.
  • Penganjur berhak, menurut budi bicara tunggal dan mutlaknya, untuk menggunakan dan mengeksploitasi Harta Intelek melalui mana-mana kaedah atau perantara dan dalam apa jua cara dan pada bila-bila masa yang dianggapnya wajar tanpa terlebih dahulu mendapatkan apa-apa kebenaran atau membuat apa-apa pembayaran pun jua kepada Peserta dan/atau pemenang Peraduan dan/atau wakil. 

13. Penganjur berhak, menurut budi bicara tunggalnya, menyingkirkan mana-mana Peserta yang mengganggu mekanisme, sistem, perisian Peraduan atau apa-apa proses lain berkaitan dengan Peraduan ini. 

14. Penganjur berhak, menurut budi bicara tunggalnya, menyingkirkan mana-mana Peserta dan/atau penyertaan yang didapati (menurut budi bicara Penganjur) tidak sopan atau tidak sesuai untuk tatapan umum, atau didapati atau disyaki menipu/menggodam/mengusik proses penyerahan Peraduan, pengendalian Peraduan ini atau melanggar apa-apa Terma dan Syarat Peraduan. Penganjur berhak untuk meneruskan tindakan undang-undang terhadap mana-mana individu yang dipercayainya terlibat dalam aktiviti penipuan atau aktiviti lain yang memudaratkan Peraduan, Penganjur atau proses penyerahan Peraduan.

 

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT TAMBAHAN

15. Dengan menyertai Peraduan ini, Peserta dianggap telah membaca, memahami, bersetuju dan dengan tak bersyarat menerima Terma-terma dan Syarat-syarat dan Notis Privasi yang dinyatakan di bawah.

16. Peserta boleh menyerahkan lebih daripada satu penyertaan semasa Tempoh Peraduan. Walau bagaimanapun, setiap Peserta (jika dipilih sebagai pemenang) hanya berhak mendapat satu (1) Hadiah untuk Peraduan ini.  

17. Peserta menjamin, berakujanji dan bersetuju bahawa penyertaan yang diserahkan (termasuk apa-apa foto, lukisan, gambar, slogan, apa-apa bahan atau karya kreatif lain, termasuk rakaman suara atau video) hendaklah karya aslinya dan tidak melanggar apa-apa hak mana-mana pihak ketiga dan/atau melanggar sebarang hakcipta, paten, nama dagangan, hak keempunyaan, peribadi, privasi atau moral mana-mana pihak ketiga.

18. Peserta menjamin, berakujanji dan bersetuju bahawa dia menepikan atau telah mendapatkan penepian terhadap semua hak (termasuk hak moral) daripada semua orang yang telah menyumbang kepada penghasilan Penyertaan dan karya dasar (secara kolektif “Penyumbang”) yang berhak ditegaskan oleh Penyumbang dan/atau Peserta, kini atau di masa hadapan, di mana-mana tempat di dunia. 

19. Peserta menjamin, berakujanji dan bersetuju bahawa penyertaan yang diserahkan oleh peserta tidak boleh mengandungi unsur-unsur kebogelan, imej pornografi atau tema seksual, keganasan grafik, kenyataan atau bahan memfitnah atau melibel yang dianggap menyalahi undang-undang/ menyinggung atau mungkin melanggar undang-undang Malaysia atau bahan yang kemungkinan akan mencemarkan imej Penganjur atau menyebabkan Penganjur mendapat nama buruk. Sebarang pelanggaran klausa ini akan memberikan budi bicara mutlak kepada Penganjur untuk menyingkirkan dan menolak dan/atau mengeluarkan apa-apa penyertaan atau posting dengan serta-merta tanpa notis terdahulu.

20. Peserta menjamin, berakujanji dan bersetuju bahawa Penganjur mempunyai hak tunggal untuk menggunakan atau mengeksploitasi Penyertaan Peserta atau mana-mana bahagian daripadanya dalam sebarang dan semua bentuk perantara melalui apa-apa dan semua kaedah atau cara di seluruh dunia untuk tempoh penuh hakcipta termasuk semua pembaharuan bersama-sama dengan hak untuk memberi kuasa orang lain untuk berbuat demikian tanpa perlu membayar apa-apa imbuhan atau royalti kepada Peserta. Untuk mengelakkan keraguan, Penganjur tidak mempunyai kewajipan untuk menggunakan atau mengeksploitasi mana-mana bahagian daripadanya. 

21. Peserta menjamin, berakujanji dan bersetuju bahawa dia tidak akan menggunakan Penyertaan atau mana-mana bahagian daripadanya bagi tujuan selain daripada tujuan yang ditetapkan dalam Terma-terma dan Syarat-syarat. Sekiranya Penyertaan atau mana-mana bahagian daripadanya diterbitkan atau diedarkan atau ditangani dalam apa jua cara tanpa kebenaran terdahulu daripada Penganjur, Penganjur berhak menurut budi bicara mutlaknya menyingkirkan Peserta dan/atau membatalkan apa-apa Hadiah yang dimenangi dan tidak akan menanggung apa-apa liabiliti pun jua terhadapnya.

22. Semua hak dan keistimewaan yang diberikan di dalam ini kepada Penganjur tidak boleh dibatalkan dan tidak tertakluk kepada pembatalan, sekatan atau injunksi dalam sebarang dan semua keadaan. Peserta tidak akan dalam apa jua keadaan berhak mendapat relief injunksi atau untuk menahan atau sebaliknya mengganggu penganjuran Peraduan, penerbitan, pengedaran, pameran dan/atau eksploitasi Peraduan dan/atau Program dan/atau apa-apa produk berdasarkan dan/atau yang berpunca daripada Peraduan dan/atau Program.

23. Penganjur berhak pada bila-bila masa untuk mengubah, meminda, memotong atau menambah Terma-terma dan Syarat-syarat dan peraturan lain termasuk mekanisme Peraduan menurut budi bicara mutlaknya.

24. Jika Kaedah penyertaan adalah melalui perkhidmatan pesanan ringkas (“SMS”) atau perkhidmatan pesanan multimedia (“MMS”), setiap Penyertaan Peraduan yang dihantar oleh Peserta adalah tertakluk kepada caj premium yang ditetapkan (jika ada) yang adalah sebagai tambahan kepada fi standard yang dikenakan oleh penyedia perkhidmatan telekomunikasi Peserta.

25. Penyerahan Penyertaan tidak menjamin bahawa Peserta akan memasuki Peraduan. Penganjur mempunyai budi bicara mutlak untuk menolak atau enggan menerima penyerahan Penyertaan dan kemasukan Peserta atas sebab-sebab termasuk (tanpa had) jika Penyertaan adalah tidak lengkap atau apa-apa peruntukan dalam Terma-terma dan Syarat-syarat tidak dipatuhi.

26. Penganjur berhak menyingkirkan dan/atau mengecualikan Peserta dan/atau menarik balik Hadiah (pada mana-mana peringkat Peraduan) jika -

  • Peserta tidak layak atau tidak memenuhi apa-apa kriteria kelayakan yang dibentangkan dalam Terma-terma dan Syarat-syarat; atau
  • Peserta memungkiri Terma-terma dan Syarat-syarat dan peraturan lain Peraduan atau melanggar apa-apa undang-undang atau peraturan yang berkuat kuasa; atau
  • menurut penentuan tunggal Penganjur, Penganjur percaya bahawa Peserta telah cuba menjejaskan pengendalian Peraduan melalui fraud, penipuan atau perdayaan.

27. Jika berlaku penyingkiran selepas Hadiah diberikan, Penganjur berhak menuntut agar Hadiah dipulangkan atau pembayaran nilai yang bersamaan dengannya daripada Peserta yang disingkirkan.

28. Meskipun Penganjur akan berusaha sedaya upaya untuk melakukan penentusahan yang perlu mengenai kelayakan peserta, kegagalan untuk menyingkirkan mana-mana peserta yang tidak layak tidak akan dianggap kemungkiran oleh Penganjur.

29. Peserta Peraduan yang terpilih dan setuju untuk menjadi duta jenama Peganjur tidak dibenarkan untuk menjadi duta atau menyertai mana-mana peraduan yang dianjur oleh jenama-jenama yang bersaing dengan Peganjur dalam tempoh 12 bulan selepas Tempoh Pertandingan (daripada Jun 2018 seterusnya). 

30. Jika Hadiah yang diberikan oleh Penganjur adalah hadiah perjalanan/percutian (“Hadiah Percutian”), Hadiah Percutian hendaklah digunakan menurut tarikh dan destinasi yang ditetapkan oleh Penganjur, agensi pelancongannya atau penajanya termasuk (tidak terhad kepada) (i) terma-terma dan syarat-syarat setiap syarikat penerbangan/syarikat pengangkutan; (ii) terma-terma dan had apa-apa polisi insurans berkaitan dengan Hadiah Percutian; (iii) terma-terma dan syarat-syarat berhubung dengan semua garis panduan dan arahan kesihatan dan keselamatan dan semua keperluan undang-undang dan pengawalseliaan yang berkuat kuasa, dan jika tidak Hadiah Percutian akan ditarik balik. Tiada pilihan lain dalam bentuk wang tunai atau destinasi lain akan ditawarkan oleh Penganjur, agennya atau penajanya. 

31. Apa-apa hadiah perjalanan yang dimenangi oleh pemenang di bawah umur hendaklah memenuhi terma-terma dan syarat-syarat setiap syarikat pengangkutan dan jika ditetapkan, diiringi oleh ibu bapa atau penjaga sah dengan kos dan perbelanjaan ditanggung sendiri oleh ibu bapa atau penjaga sah.

32. Pemenang hendaklah memegang pasport Malaysia yang sah dengan tempoh kesahan sekurang-kurangnya enam (6) bulan. Pemenang bertanggungjawab mendapatkan visa dan dokumen perjalanan lain yang diperlukan dengan kos dan perbelanjaan ditanggung sendiri oleh mereka. Tiada pampasan akan diberikan sekiranya pemenang gagal mendapatkan dokumen yang diperlukan, tidak kiralah keadaannya.

33. Pemenang bertanggungjawab mendapatkan visa dan dokumen perjalanan lain yang diperlukan (jika dikehendaki) dengan kos dan perbelanjaan ditanggung semata-mata oleh mereka. Pihak berkuasa kawalan pasport dan pihak berkuasa dalaman berhak untuk tidak membenarkan pemenang masuk. Jika pemenang Hadiah Percutian tidak dibenarkan melalui, memasuki atau keluar dari negara yang dilawati, Penganjur tidak akan bertanggungjawab dalam apa jua cara untuk memberi pampasan kepada pemenang atas keengganan untuk membenarkan pemenang melalui, memasuki atau keluar dan apa-apa kos tambahan yang ditanggung hendaklah dibayar dan ditanggung sepenuhnya oleh Pemenang.

34. Jika berlaku peristiwa yang tidak diduga atau keadaan di luar kawalan munasabah Penganjur dan/atau penaja, Penganjur dan/atau penaja berhak menawarkan destinasi alternatif dengan nilai yang kira-kira sama. Pilihan wang tunai tidak akan ditawarkan.

35. Apa-apa penerbangan, pengangkutan lain, butir-butir lapangan terbang, penginapan atau aspek lain Hadiah Percutian, tarikh dan masa yang disebut oleh Penganjur, agensi, penaja atau wakilnya hanyalah sebagai panduan sahaja dan tertakluk kepada perubahan tanpa notis dan tanpa berbangkit sebarang liabiliti.

36. Kecuali dinyatakan sebaliknya, kelas perjalanan untuk apa-apa Hadiah Percutian yang termasuk pengangkutan udara adalah kelas ekonomi.

37. Pemenang Hadiah Percutian hendaklah mempunyai sumber kewangan yang cukup untuk membayar apa-apa komitmen kewangan yang mungkin ditanggung berhubung dengan hadiah percutian (termasuk, tanpa had, perjalanan pergi balik dari mana-mana lapangan terbang yang dinyatakan dalam hadiah percutian, makanan dan minuman, perkhidmatan bilik, dobi, bagasi berlebihan, insurans peribadi, perubatan dan/atau bagasi, semua barangan peribadi, cukai kastam dan cukai lapangan terbang) yang melampaui apa yang dirangkum dalam hadiah percutian itu sendiri.

38. Pemenang bersetuju untuk melepaskan pihak Penganjur, sekutu dan agensinya , dan pekerja , pegawai, pengarah dan wakil-wakilnya dan Pihak Penganjur tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kemalangan, kecederaan, tuntutan, kerugian atau kerosakan yang mungkin berlaku semasa perjalanan / percutian tersebut.

39. Jika berkenaan, hadiah tunai akan diberikan kepada pemenang dalam bentuk cek. Pemenang hadiah tunai bertanggungjawab atas sebarang dan semua cukai yang perlu dibayar (jika perlu) akibat pemberian atau penerimaan Hadiah dan semua caj perbankan yang berkaitan (termasuk caj cek luar) yang dikenakan oleh bank untuk menjelaskan ceknya.

40. Peserta tidak boleh mempertikaikan atau membuat apa-apa aduan lisan atau bertulis, pengumuman atau kenyataan awam mengenainya sama ada semasa atau selepas Tempoh Peraduan.

41. Jika mana-mana terma di dalam ini tidak sah, menyalahi undang-undang atau tidak boleh dikuat kuasa, ini tidak akan menjejaskan atau memudaratkan penguatkuasaan Terma-terma dan Syarat-syarat lain Peraduan.

 

LIABILITI & TANGGUNGJAWAB

42. Kecuali dinyatakan sebaliknya, semua kos pengangkutan, caj internet, kos peribadi dan/atau sebarang kos, fi lain dan/atau apa jua jenis perbelanjaan yang ditanggung oleh Peserta berhubung dengan Peraduan ini (sama ada bagi tujuan memasuki, menyertai atau menerima apa-apa manfaat atau hadiah daripada Peraduan) atau bagi tujuan penebusan hadiah atau perjalanan yang berkaitan adalah tanggungjawab Penenang semata-mata, dan Penganjur, ahli gabungan, agen sah atau agensi sertaannya tidak akan menanggung apa-apa tanggungjawab pun jua untuk kos/caj/fi/perbelanjaan ini.  

43. Penganjur, ahli gabungannya, pihak ketiga yang dibenarkan dan agensi sertaan tidak menanggung apa-apa tanggungjawab atas penyertaan yang hilang, rosak, terlewat disebabkan perkhidmatan pos, atau disebabkan oleh kesilapan komputer, IT atau apa-apa kesilapan teknologi. Peserta bertanggungjawab memastikan penyertaannya mematuhi semua peraturan dan terma dan syarat Peraduan, dan bahawa penyertaannya diterima oleh Penganjur dalam bentuk yang dikehendaki oleh Penganjur. 

44. Dengan menyertai Peraduan ini, semua peserta bersetuju melepaskan dan memastikan Penganjur, ahli gabungan dan agensinya, dan pekerja, pegawai, pengarah dan wakil mereka tidak dipertanggungjawabkan atas sebarang tuntutan, kerugian atau gantirugi berbangkit daripada atau berhubung dengan penyertaan mereka dalam Peraduan (termasuk tetapi tidak terhad kepada, apa-apa kesilapan dalam mengira apa-apa transaksi, sebarang kerosakan atau kepincangan mana-mana sistem komputer atau peralatan), apa-apa aktiviti berkaitan Peraduan  dan penerimaan dan/atau penggunaan, penyalahgunaan, atau milikan apa-apa hadiah yang diberikan di bawah ini. 

45. Semua kos yang ditanggung oleh Peserta berkaitan dan/atau berhubung dengan Peraduan dan Hadiah, termasuk tanpa had, caj pos atau caj Penyedia Perkhidmatan Internet (ISP) (jika berkenaan), semua kos pengangkutan, caj komunikasi, penginapan, kos makanan dan kos berkaitan lain yang ditanggung oleh Peserta disebabkan oleh dan/atau selaras dengan penyertaannya dalam Peraduan, kos pungutan dan kos tambahan berkaitan dengan hadiah iaitu kos insurans, yuran pendaftaran kenderaan, cukai jalan, dll. hendaklah ditanggung semata-mata oleh Peserta. Penganjur tidak mempunyai apa-apa kewajipan untuk membayar balik Peserta untuk sebarang kos dan perbelanjaan yang ditanggung terhadapnya.

46. Peserta mengakui bahawa penyertaannya dalam Peraduan adalah atas risikonya sendiri.

47. Penganjur, agen, penaja, wakil, ahli gabungannya dan pengarah, pegawai dan pekerja, agen dan penerima serah hak mereka masing-masing tidak akan bertanggungjawab kepada mana-mana Peserta berhubung dengan:

48. apa-apa kegagalan untuk memenangi Hadiah dalam Peraduan, Hadiah yang cacat disebabkan kecuaian, tindakan dan/atau ketinggalannya atau penyalahgunaan Hadiah atau sebarang kerugian, gantirugi, kos, perbelanjaan, tuntutan, liabiliti, kecederaan, kematian, kemalangan yang dialami oleh Peserta semasa Peraduan atau berbangkit daripada atau berhubung dengan Peraduan, penyertaan Peserta dalam Peraduan dan/atau Hadiah yang diberikan.

49. apa-apa kelewatan dan/atau kegagalan untuk menerima dan menghantar Penyertaan Peraduan akibat sebarang kerosakan rangkaian, komunikasi, ISP atau sistem, gangguan dan/atau kegagalan yang dialami oleh penyedia perkhidmatan telekomunikasi Penganjur atau Peserta dan/atau diakibatkan oleh penyertaan atau langkah memuat turun apa-apa bahan dalam Peraduan. 

50. sebarang kesilapan (termasuk kesilapan ketika memaklumkan pemenang Peraduan), ketinggalan, gangguan, pemadaman, kecacatan, kelewatan dalam pengendalian atau penghantaran, kegagalan talian komunikasi, pencurian, kemusnahan, perubahan, atau akses tanpa kebenaran kepada penyertaan, atau penyertaan yang hilang atau terlewat sama ada berbangkit semasa pengendalian atau penghantaran akibat fungsi pelayan, virus, pepijat, atau sebab lain di luar kawalan Penganjur.

51. Penganjur, agen, penaja dan wakilnya tidak akan bertanggungjawab untuk melaksanakan apa-apa kewajipan mereka berhubung dengan Peraduan dan Terma-terma dan Syarat-syarat ini dan peraturan berhubung dengan Peraduan jika mereka tidak dapat berbuat demikian disebabkan keadaan di luar kawalan mereka dan tidak bertanggungjawab untuk memberikan pampasan kepada Peserta dalam apa cara jua dalam keadaan sedemikian.

 

PENAFIAN

Peraduan ini tidak dalam apa cara jua ditaja, disokong atau ditadbirkan oleh, atau mempunyai kaitan dengan, Facebook. Peserta menjamin, berakujanji dan bersetuju bahawa Penyertaan yang diserahkan oleh Peserta mematuhi semua terma dan syarat Facebook dan Peserta bertanggungjawab untuk membaca dan mematuhi terma-terma penggunaan dan dasar privasi yang diletakkan di Facebook.

 

UNDANG-UNDANG YANG MENGAWAL DAN BIDANG KUASA

Peraduan ini dan Terma-terma dan Syarat-syarat hendaklah dikawal oleh undang-undang Malaysia, dan setiap Peserta bersetuju menyerahkan apa-apa tuntutan, pertikaian atau kontroversi kepada bidang kuasa eksklusif mahkamah Malaysia.

 

PRIVACY NOTICE & CONSENT (ENGLISH & MALAY)

Your personal data, including but not limited to the personal data obtained from you directly when you provide us with personal information, e.g. when you register for our contests and/or roadshows, buy a product or service from us, sign up to receive information, use our applications, fill out a survey, or make a comment or enquiry, and/or any further updates provided to us by you in relation to your personal information, photos, image, audio and/or video recording obtained by us (“Personal Data”), will be processed for any educational, advertising, marketing, publicity purpose(s) or any related purpose, your participation in our contest and/or roadshow and/or events, to provide you with products or services that you request from us, to provide you with advance notice of our future events, to respond to your inquiries, to provide you information about our products, services and/or new releases which may be of interest to you, to invite you and your subscription to our newsletters, and/or for auditing purposes in cases where there has been a dispute (collectively, “Purpose”).

We also wish to inform you that your Personal Data may be disclosed to third parties, such as to our headquarters, regional offices, subsidiaries, affiliates and/or members within the Unilever group of companies, and/or our service providers, which may be located outside Malaysia, for reasons relating to the Purpose.

If you wish to access, correct, limit or update your Personal Data, or to make any inquiries or complaints about the processing of such information, please contact : Data Privacy Officer, Unilever (Malaysia) Holdings Sdn Bhd, Level 34, Menara TM, Jalan Pantai Baru, 59200 Kuala Lumpur. Tel: 03-2246 2188

Kindly note that it will be necessary for us to process your Personal Data, without which we will not be able to carry out the Purpose. For more details on how we process your Personal Data, do visit our Privacy Policy at: 

http://www.unileverprivacypolicy.com/en_gb/policy.aspx 
http://www.unileverprivacypolicy.com/BahasaMalaysia/policy.aspx 

 

NOTIS PRIVASI DAN PERSETUJUAN

Maklumat peribadi anda, termasuk tetapi tidak dihadkan kepada data peribadi yang diperolehi daripada anda secara langsung apabila anda memberikan kami maklumat peribadi, contohnya apabila anda mendaftar untuk pertandingan/peraduan dan/atau pameran bergerak kami, membeli produk atau perkhidmatan dari kami, mendaftar untuk menerima maklumat, menggunakan aplikasi kami, mengisi kaji selidik, atau memberi komen atau membuat siasatan/ atau sebarang kemas kini selanjutnya yang diberikan kepada kami oleh anda berhubung dengan maklumat peribadi anda, gambar, imej, rakaman audio dan/atau video yang diperolehi oleh kami ("Data peribadi") akan diproses bagi sebarang tujuan pendidikan, pengiklanan, pemasaran, publisiti dan/atau apa-apa tujuan lain berkaitan, penyertaan anda dalam pertandingan/peraduan dan/atau pameran bergerak kami, untuk menyediakan anda dengan produk-produk atau perkhidmatan yang anda meminta daripada kami, untuk menyediakan anda dengan terlebih dahulu notis peristiwa masa depan, untuk bertindak balas kepada pertanyaan, untuk memberikan anda maklumat mengenai produk, perkhidmatan dan/atau siaran baru yang mungkin menarik minat anda , menjemput anda dan langganan anda untuk surat berita kami, dan/atau untuk tujuan pengauditan dalam kes-kes di mana terdapat pertikaian, tujuan analisis data dan pemasaran pengguna (secara kolektif, "Tujuan").

Kami juga ingin memaklumkan kepada anda bahawa Data Peribadi anda mungkin didedahkan kepada pihak ketiga, seperti kepada ibu pejabat kami, pejabat serantau, anak-anak syarikat, sekutu dan/atau ahli dalam kumpulan Unilever syarikat-syarikat, dan/atau pembekal perkhidmatan kami, yang mungkin yang terletak di luar Malaysia, atas sebab-sebab yang berkaitan dengan Tujuan .

Jika anda ingin mengakses, membetul, menghad atau mengemas kini Data Peribadi anda, atau membuat sebarang pertanyaan atau aduan mengenai pemprosesan maklumat, sila hubungi kami melalui: Pegawai Data Peribadi, Unilever (Malaysia) Holdings Sdn Bhd, Aras 33-35, Menara TM, Jalan Pantai Baru, 59200 Kuala Lumpur. Tel: 03-2246 2188

Sila ambil perhatian bahawa ia akan menjadi perlu bagi kita untuk memproses Data Peribadi anda, tanpa mereka kami tidak akan dapat menjalankan Tujuan . Untuk maklumat lanjut mengenai bagaimana kami memproses Maklumat Peribadi anda, sila layari Polisi Privasi kami di: 

http://www.unileverprivacypolicy.com/en_gb/policy.aspx 
http://www.unileverprivacypolicy.com/BahasaMalaysia/policy.aspx

 

I am above 18 years and I have read and understood the terms of this Privacy Notice and consent to the processing of my Personal Data as described above.

Saya berumur 18 tahun ke atas dan saya telah membaca dan memahami syarat-syarat Notis Privasi ini dan bersetuju untuk memberi kebenaran saya untuk pemprosesan Data Peribadi saya seperti yang dinyatakan di atas.

Continue watching video?

Daftar akaun

Here's what you get

  • A chance to join our free sampling promotions
  • New dish ideas from our chefs
  • The latest trends and training modules