Saya bekerja di...

Teruskan

Kandungan anda sedang diadaptasikan kepada jenis perniagaan anda

Serlahkan diri anda bak bulan mengambang sempena Raya ini, dengan kemahiran kulinari yang boleh memenuhi selera para tetamu di meja makan. Sajikan pengalaman ala kerabat diraja dengan hidangan-hidangan serta pencuci mulut tradisional yang dikontemporarikan. 

Kebab Sate Bercucuk

Kebab Sate Bercucuk

Sediakan sate “semua-dalam-satu” dengan daging panggang pilihan anda, nasi impit, timun dan bawang–semua dibalut dalam kepingan daging. Hidangkan dengan kuah kacang yang dikisar halus ataupun kasar. Kalau nak tarik perhatian tetamu anda, hidangkan kebab sate dengan ‘mocktail’ sejuk, menjadikannya pembuka selera yang sesuai untuk sambutan bertemakan taman bunga atau pantai!

Roti Jala

Roti Jala

Roti Jala, atau ‘crepe’ berbentuk jala, sangat popular dalam majlis-majlis keramaian seperti kenduri doa selamat, perkahwinan dan sewaktu rumah terbuka Hari Raya juga. Gulungan crepe halus ini selalunya disediakan lembut, dan disajikan dengan sambal, kari kosong, kari daging atau kari ikan. Sediakannya secara manis atau pedas, untuk tambah gaya. Hiaskan dengan daun pasli dan tambah rasa dengan serbuk cili kasar, kerisik, serta air gula melaka sebagai pencuci mulut. 

Rendang

Rendang

Rendang ayam dan daging–makanan yang wajib ada di setiap rumah semasa musim Raya. Tambah rasa dan gaya ke hidangan anda dengan hirisan kulit limau yang halus atau dikisar. Selain itu, anda juga boleh menghiaskan hidangan anda dengan menyusunnya di tepian pinggan. 

Lontong

Lontong

Lontong merupakan hidangan yang berpelbagai; ia boleh disediakan untuk pembuka selera atau hidangan utama. Lontong sesuai untuk dinikmati dengan nasi, nasi impit dan mi. Kuah tradisional Indonesia ini boleh dimasak dengan merebus pelbagai sayur-sayuran, kunyit, rempah ratus lain serta santan. Jikalau tetamu anda mempunyai cita rasa pedas, tambahkan udang dan serunding. Sajikan dalam mangkuk kaca untuk penampilan yang lebih bergaya. 

 Nasi Lemak

Nasi Lemak

Nasi lemak merupakan salah satu makanan ruji Malaysia; boleh ditemui di mana-mana sahaja, tak kira keadaan. Sajian yang penuh nostalgia, nasi lemak diperbuat daripada pelbagai bahan tempatan—nasi yang direbus dengan santan, kacang goreng, ikan bilis kering, hirisan temun, telur rebus dan sambal. Sambal merah ini pula diperbuat daripada pes cili merah, bawang dan rempah ratus lain. Nasi lemak selalunya dihidangkan dengan daun pisang sebagai pinggan. Ingin sajian yang lebih berkhasiat? Gantikan nasi dengan kuinoa, untuk menambahkan protein tanpa menjejaskan rasa nasi lemak anda! 

Kek Batik

Kek Batik

Kek batik boleh dihidangkan dengan pelbagai cara—sebagai pembuka selera, snek atau pencuci mulut! Kek batik juga boleh dipotong mengikut cita rasa anda, serta dihidangkan dengan sos coklat. Sediakannya untuk tetamu anda dengan sudu dan piring buatan marmar. Gayakannya dan tambah perisa dengan ‘ganache’ coklat buatan sendiri! Salutkan coklat ‘ganache’ antara dua potongan kek batik dan hidangkan. Tetamu anda pasti terpegun!

Kembali kepada RAMADHAN

Continue watching video?

Daftar akaun

Here's what you get

  • A chance to join our free sampling promotions
  • New dish ideas from our chefs
  • The latest trends and training modules