Saya bekerja di...

Teruskan

Kandungan anda sedang diadaptasikan kepada jenis perniagaan anda

Tambahkan rasa yang unik dengan limau nipis pada menu di bazar-bazar Ramadan. Terdapat tiga resipi ringkas yang anda boleh gunakan Serbuk Limau Nipis Knorr. Ia akan menyingkatkan masa penyediaan kerana tidak perlu untuk perah limau nipis lagi. Anda juga boleh mendapatkan rasa limau nipis yang konsistent dalam setiap hidangan.

Pertama sekali, anda perlu sediakan pati jus limau nipis. Campurkan 300gm air bersama 100gm Serbuk Perasa Limau Nipis Knorr di dalam mangkuk. Kacau sebati dan ketepikan seketika untuk mengikut resipi yang seterusnya.

Kesegaran Strawberi

Kesegaran Strawberi

Bahan-bahan

  • 200gm kiub ais
  • 50gm air 
  • 50g pati jus limau nipis
  • 15gm rosemary
  • 150gm inti strawberi
  • 200gm Lady’s Choice jem strawberi

 

Arahan

  1. Kisar semua bahan bersama sehingga lumat. 
  2. Masukkan semua bahan yang telah dikisar ke dalam gelas.
  3. Masukkan juga air soda sejuk ke dalam gelas tersebut.
  4. Letakkan hiasan (pilihan).
  5. Hidangkan!

Sedingin Timun

Sedingin Timun

Bahan-bahan

  • 250gm timun jepun (dipotong dadu)
  • 10gm daun selasih Thai
  • 50g pati jus limau nipis
  • 120gm madu asli 
  • 50gm yogurt
  • 250gm kiub ais
  • 50gm air

 

Arahan

  1. Kisar semua bahan bersama sehingga lumat. 
  2. Masukkan semua bahan yang telah dikisar ke dalam gelas.
  3. Hiaskan dengan daun pudina, hirisan limau nipis dan timun. 
  4. Hidangkan!

Jalan-Jalan Makan Angin

Jalan-Jalan Makan Angin

    Arahan

    Jus Aromatik:

  • 1kg serai
  • 50gm halia
  • 3 daun pandan
  • 5 liter air

  • Jalan-Jalan Makan Angin:

  • 60gm air gula
  • 30gm pati jus limau nipis
  • 500ml jus aromatik

 

Arahan

    Jus Aromatik:

  1. Hiris serai.
  2. Rebus serai bersama bahan yang lain sehingga wangi. 
  3. Reneh selama satu jam.
  4. Alihkan dan ketepikan jus aromatik dari haba panas.

  5. Jalan-Jalan Makan Angin:

  6. Masukkan semuanya ke dalam shaker dan goncang. 
  7. Tuangkan minuman tersebut ke dalam gelas. 
  8. Hiaskan bersama serai dan hirisan limau nipis. 
  9. Hidangkan!

Kembali kepada RAMADHAN

Continue watching video?

Daftar akaun

Here's what you get

  • A chance to join our free sampling promotions
  • New dish ideas from our chefs
  • The latest trends and training modules