Daging Masak Gulai Kawah
Disajikan bersama nasi atau lemang, Daging Masak Gulai Kawah ialah sejenis juadah yang terkenal dengan harumannya yang menggiurkan.
Berasal nun dari utara, juadah ini berubah menjadi gelap bila dimasak di dalam kawah. Apabila disediakan dengan cara tradisi kampung, amboi... kelembutan dagingnya bak irama dengan lagu—harmoni dengan batang pisang, pucuk kelapa, rebung buluh, betik atau pisang muda, yang bermandi dalam kepekatan gulai.