Teh dan Kopi Sihat Bertemakan Raya
Serikan Hari Raya anda dengan minuman sihat.

Kini, tibalah masanya ‘pantang larang berdiet’ diabaikan apabila terliur dek makanan dan minuman yang dihidangkan di musim perayaan. Setelah berpuasa di bulan Ramadhan, seelok-eloknya pulihkan tubuh badan anda kepada keadaan asal dengan pemakanan sihat di musim perayaan. Mulakan menu Raya anda dengan minuman-minuman kegemaran Malaysia yang disediakan dengan cara sihat ini.
Smoothie Kopi Dengan Pisang Dan Mentega Kacang

Nak bangkitkan semangat anda di pagi hari? Cubalah campuran secawan kopi segar, pisang, dan mentega kacang! Mudah sahaja, anda hanya perlu menambah ais, kopi, hirisan pisang, dan sesudu besar (atau lebih!) mentega kacang ke dalam pengisar. Jika anda mahukan pemanis, tambahlah sedikit air gula melaka. Untuk pemanis yang lebih sihat, cubalah air gula perang, madu ataupun sirap maple.
Chai Latte

Jika tetamu anda kurang meminati kopi, cubalah Chai latte pula. Minumam berempah eksotik ini diperbuat daripada pelbagai ramuan seperti lada putih, biji buah pelage, kulit kayu manis, cengkih, halia segar, kacang vanilla, dan teh hitam. Tambahkan susu suam atau ramuan yang lebih ‘berani’ seperti susu soya, susu badam ataupun santan untuk mendapatkan perisa yang lebih berkrim dan menepati selera tempatan. Taburkan dengan serbuk kayu manis sebagai penyeri.
Kopi Atau Teh Dengan Cincau dan Biji Chia

Meminum teh atau kopi anda dengan cincau lebih menyeronokkan! Ramuan berkalori rendah ini boleh dipotong dadu atau dikiub dan dihiris halus. Selain cincau, anda juga boleh menambahkan biji selasih dan biji chia ke dalam minuman anda. Biji selasih mempunya banyak manfaat khususnya dalam meningkatkan kesihatan pencernaan, mencantikkan kulit, dan meregulasikan paras gula dalam daran anda. Biji Chia pula kaya dengan asid lemak omega-3, antioksidan, serat, zat besi dan kalsium. Tambahkan biji chia ke dalam kopi atau teh yang disejukkan untuk dijadikan sebagai pencuci mulut.
Teh Buah Berpudina

Pasti enak menikmati teh buah yang sejuk pada hari panas, bukan? Potong dadu sahaja buah-buahan seperti mangga, epal, beri biru, strawberi, dan kiwi untuk ditambah kepada teh hitam sejuk. Untuk rasa yang lebih menyegarkan, tambahkan daun pudina yang telah ditumbuk pula. Jika anda mahukan minuman yang sihat, tambah biji chia atau biji selasih dan madu sebagai pemanis.

Teh Halia dengan Madu dan Serai

Manis, ringan dan menyegarkan – teh halia dengan madu dan serai ini amat sesuai diminum pada hari yang panas. Minuman ini bukan sahaja bertindak sebagai diuretik dan penyahstres semula jadi, malahan turut menyahtoksik, dan meregulasikan sistem pencernaan, tahap kolestrol, dan tekanan darah. Tambahkan potongan serai dan beberapa hirisan halia sambil mendidihkan air. Selepas itu, tambahkan daun pandan dan biarkan selama 10-15 minit. Sejukkan, tambahkan sedikit madu secukup rasa, dan campurkan dengan teh pilihan anda. Teh ini boleh dinikmati secara panas, disejukkan atau dengan ais.
Rencana berkaitan
Here's what you get
- A chance to join our free sampling promotions
- New dish ideas from our chefs
- The latest trends and training modules