Saya bekerja di...

Teruskan

Kandungan anda sedang diadaptasikan kepada jenis perniagaan anda

Dunia penjenamaan semakin peka dengan peralihan permintaan daripada kopi kepada teh yang terus meningkat. Hasilnya, mereka memasukkan beberapa variasi baharu teh ke pasaran dengan aktifnya. Salah satu tempat yang popular adalah Starbucks, yang telah melancarkan Teavana pada September 2016 dan menikmati kejayaan cemerlang sehingga kini. Dengan membawa konsep rumah teh, Teavana berusaha untuk mengenengahkan budaya meminum teh, dengan menawarkan daun teh gred premium hinggalah kepada produk peralatan teh yang berkualiti.

Seni membancuh teh memerlukan kepakaran dan deria rasa yang baik bagi menggabungkan rasa dan perisa untuk menghasilkan teh istimewa yang mencipta kepuasan kulinari di kalangan peminum teh. Adalah sangat penting untuk memahami kualiti dan ciri-ciri teh sebelum menyediakannya, serta juga mencipta rasa yang melengkapkan teh individu mengikut tubuh dan aroma secara semula jadi.

Kaedah tradisi menghidangkan teh dengan krim dan gula telah disemarakkan secara inovatif dengan gabungan kreatif tahun demi tahun. Generasi masa kini lebih suka untuk mencuba pelbagai rasa dan perisa teh yang mencabar selera mereka. Kaedah gabungan teh moden masa kini mungkin agak meragukan pada permulaannya, tetapi menawarkan kepuasan yang mengujakan, sekaligus mencipta aliran berseni dan berani di dalam gabungan teh dengan pelbagai bahan untuk mencipta satu minuman yang menakjubkan.

Teh Hitam

Teh Hitam

Sir Thomas Lipton Earl Grey
Sir Thomas Lipton English Breakfast

Teh hitam merupakan pengganti kopi yang sangat baik. Teh ini menawarkan kedalaman rasa yang tersendiri. Mempunyai rasa masam manis, cirinya yang kuat sangat elok dipadankan dengan bahan-bahan yang kuat juga seperti krim, coklat dan rempah-ratus. Dinikmati bersama ais atau panas, teh hitam mengandungi kandungan kafein yang rendah serta menawarkan rasa semula jadi dan tidak mempunyai kesan sampingan terhadap kesihatan.

Teh Hijau

Teh Hijau

Sir Thomas Lipton Green Tea
Sir Thomas Lipton Green Tea Jasmine

Menawarkan rasa daun dengan sedikit rasa kekacang, teh hijau antara teh yang agak mencabar untuk dibancuh memandangkan rasa sayuran semula jadinya. Khasiatnya untuk kesihatan diketahui ramai. Amalan meminum teh hijau dikatakan mampu meningkatkan fungsi otak dan mengurangkan risiko kanser. Cirinya yang lembut mudah digabungkan dengan perisa sitrus bagi mereka yang sukakan passionfruit dan Yuzu, dan amat menyegarkan bila dinikmati dengan sedikit ais.

Infusi

Infusi

Sir Thomas Lipton Peppermint Infusion
Sir Thomas Lipton Chamomile Infusion

Dicipta dengan pelbagai jenis daun yang bukan dari jenis teh, infusi lazimnya dihasilkan daripada sumber flora atau herba. Teh flora bukan sahaja merangsang deria rasa, tetapi juga turut memangkin deria bau dengan ciri mewah dan hangat. Kebaikan semula jadi pada kandungan botaninya membolehkan ia digabungkan dengan madu serta juga buah-buahan.

Teh herba juga turut menawarkan ciri versatil hebat yang membolehkan ianya digabungkan dengan apa sahaja. Bermula dengan kandungan bahan berasaskan buah-buahan hinggalah kepada bunga-bungaan, anda boleh mengimbangi ciri herbanya dengan sedikit wangian ringan.

Kembali kepada TEH DALAM BISNES MAKANAN

Continue watching video?

Daftar akaun

Here's what you get

  • A chance to join our free sampling promotions
  • New dish ideas from our chefs
  • The latest trends and training modules