Saya bekerja di...

Teruskan

Kandungan anda sedang diadaptasikan kepada jenis perniagaan anda

Minuman panas telah lama menjadi sebahagian daripada budaya Malaysia – ianya menjadi minuman pemangkin di pagi hari, minuman selepas makan, atau minuman ketika mesyuarat perniagaan. Minuman panas mendapat sambutan yang menggalakkan, dan senario minuman terkini menyaksikan kenaikan permintaan terhadap teh sebagai pengganti kopi. Ini mungkin disebabkan oleh faktor keprihatinan masyarakat yang mahukan gaya hidup lebih sihat. 


Kopi didapati memberikan rangsangan kafein yang diperlukan. Kajian menunjukkan bahawa pengambilan kopi secara berlebihan meningkatkan kolesterol dan darah tinggi. Selain itu, kopi juga perlu diperkaya dengan krim dan gula bagi mengurangkan rasa pahitnya. Kerana inilah ianya menambah kalori dan kos. Manakala teh pula merupakan pilihan yang lebih sihat dan lebih mampu milik. Selain daripada kandungannya yang kaya dengan antioksidan, ianya juga boleh merendahkan risiko penyakit jantung dan meningkatkan kesihatan minda anda secara keseluruhan. Rasanya juga lebih sedap untuk dinikmati begitu sahaja!


Kafe kekal popular di Malaysia dan seperti mana kopi, teh mula mendapat tempat di dalam menu. Kafe mula menawarkan bukan sahaja pelbagai jenis teh, tetapi turut mula dihidangkan secara istimewa sebagai minuman infusi dan juga pencuci mulut. Pakar pemakanan menjangkakan kadar peningkatan pengambilan teh dengan kadar 2% hingga ke tahun 2020. Memadailah dikatakan bahawa pengambilan teh dijangkakan terus meningkat pada tahun-tahun yang akan datang. Peningkatan ini disokong oleh laporan daripada The United Nations Food and Agriculture Organisation yang mencatatkan bahawa minuman yang paling banyak diminum di seluruh dunia adalah air kosong dan diikuti oleh teh.

Kembali kepada TEH DALAM BISNES MAKANAN

Continue watching video?

Daftar akaun

Here's what you get

  • A chance to join our free sampling promotions
  • New dish ideas from our chefs
  • The latest trends and training modules