Saya bekerja di...

Teruskan

Kandungan anda sedang diadaptasikan kepada jenis perniagaan anda

Tahun Baharu Cina merupakan tempoh masa di mana warisan dan tradisi diraikan, tetapi gaya pada tahun terdahulu menunjukkan ramai yang berminat pada sajian gabungan. Serlahkan restoran anda daripada pesaing lain dan kejutkan pelanggan anda dengan keunikan sajian gabungan anda di dalam meraikan musim istimewa ini.

Pendekatan mudah untuk mengadaptasi sajian Western dengan jayanya adalah dengan mengubah sos. Chicken chop merupakan pilihan yang sangat popular dan juga merupakan pilihan yang versatil untuk sentuhan sajian gabungan. Sos inspirasi Asia seperti sos lada hitam Mongolian, sos Portugis (Macanese) dan gaya Hainan adalah merupakan contoh adaptasi yang hebat untuk sajian klasik Western ini.

Pasta merupaka sajian yang versatil untuk diadaptasi kepada sajian gabungan. Kunci utamanya adalah pada sosnya yang mudah diubah suai. Menggunakan bahan-bahan masakan Asia dan rempah ratus seperti pes Tom Yam, telur masin dan udang akan menghasilkan hasil yang sangat menarik. Ini terbukti dengan populariti Pasta Telur Masin dan Pasta Tom Yam Masakan Laut yang melonjak naik kini.

Perayaan Tahun Baharu Cina tentunya tidak lengkap tanpa semangkuk sup. Pilihan klasik yang popular termasuklah Sup Ketam dan Sup Panas dan Masam yang merangsang deria lidah sebagai sajian pembuka selera. Kali ini, buat pilihan yang berbeza daripada kebiasaan dengan gabungan esentrik terdiri daripada gabungan rasa Sup Telur Masin – sajian lazat berkrim ini pastinya menjadi pilihan hebat di kalangan pelanggan anda.

Kembali kepada TREND TERKINI

Continue watching video?

Daftar akaun

Here's what you get

  • A chance to join our free sampling promotions
  • New dish ideas from our chefs
  • The latest trends and training modules