Saya bekerja di...

Teruskan

Kandungan anda sedang diadaptasikan kepada jenis perniagaan anda

Dengan beberapa tips dan idea, untuk menghasilkan minuman yang menyegarkan adalah sangat senang. Berikut adalah beberapa tips dan idea yang boleh menarik perhatian pelanggan anda.

 

Buah-buahan bermusim

Buah-buahan bermusim

Minuman bersama buah-buahan bermusim seperti manggis, rambutan atau ceri akan menambahkan lagi rasa “eksklusif” kerana ia tidak mudah didapati pada setiap hari. Selain itu, buah-buahan akan memberikan rasa manis yang semula jadi dan mengurangkan kadar penggunaan atau pengambilan gula.

Buah-buahan dan bunga

Buah-buahan dan bunga

Gabungkan teh Lipton anda dengan pudina, lavender atau bunga raya untuk memberikan kesegaran baru pada teh ais anda yang biasa – pilihan anda tidak terhad! Pelanggan anda akan lebih cenderung untuk mencubanya dan ingin memesan minuman itu kerana keunikannya dapat menarik minat mereka.

Bekukannya!

Bekukannya!

Jadikan kiub ais lebih menarik dengan membekukannya bersama buah-buahan segar, beberapa herba ataupun kelopak bunga! Dengan meletakkannya di dalam minuman biasa, gelas minuman itu akan nampak lebih menarik. Anda boleh bekukan baki pencuci mulut dan jadikannya sebagai lollipop ais. Ia sangat bagus untuk dijadikan sebagai pencuci mulut percuma kepada pelanggan tetap anda selepas menikmati hidangan utama. 

Teh atau kopi sejuk

Teh atau kopi sejuk

Secawan teh akan mengalami proses penyejukan secara semula jadi di dalam peti sejuk bersama beberapa kiub ais yang kemudiannya akan menjadi manis secara semula jadi, dan perkara yang sama juga akan terjadi jika pada kopi bru sejuk. Kedua-duanya sangat sejuk dan senang untuk dibuat. Jika anda perlukan lebih kemanisan pada minuman, cuba untuk menggunakan madu ataupun buah-buahan, dan bukannya gula.

Minuman masam yang menyegarkan

Minuman masam yang menyegarkan

Minuman yang mempunyai rasa masam akan membuatkan sistem penghadaman menghasilkan asid pencernaan, di mana ia boleh menambahkan lagi selera makan seseorang. Untuk membangkitkan selera makan pelanggan anda dengan minuman masam, hidangkannya bersama sedikit timun dan air limau nipis. Ia merupakan kombinasi terbaik iaitu campuran serbuk limau nipis Knorr, pudina dan timun. Sangat sesuai untuk dihidangkan ketika cuaca panas!

Kembali kepada Trend Terkini

Continue watching video?

Daftar akaun

Here's what you get

  • A chance to join our free sampling promotions
  • New dish ideas from our chefs
  • The latest trends and training modules