Saya bekerja di...

Teruskan

Kandungan anda sedang diadaptasikan kepada jenis perniagaan anda

#Twiftar adalah trend terhangat masa kini di bulan Ramadhan. Dengan hashtag ini, anda boleh menemui lokasi iftar yang menarik untuk dikunjungi bersama rakan-rakan. Apa yang menarik, orang ramai digalakkan membawa sajian tradisi sendiri untuk dikongsi. Kemukakanlah idea baru bagi menarik minat masyarakat tempatan terhadap restoran anda berinspirasikan trend yang unik ini!

Tambah elemen kebudayaan dalam menu anda


Pelbagaikan menu anda untuk #Twiftar yang lebih bermakna.Anda boleh menawarkan sajian budaya yang berbeza setiap hari ataupun menyediakan sajian gabungan dua budaya (fusion). Optimasikan daya imaginasi anda untuk menyediakan menu yang menepati cita rasa anda.

Cuba hiasan budaya berbeza


Reka cipta tema hiasan berbeza untuk menepati menu #Twiftar anda. Sentuhan-sentuhan kecil seperti penggunaan alas meja, pencahayaan, ataupun hiasan meja mampu mewujudkan suasana berbeza bagi menarik minat netizen di laman media sosial. 

Penuhkan Media Sosial anda dengan #Twiftar


Jadilah antara anggota netizen pertama yang mengadaptasikan trend #Twiftar secara online. Maklumkan pengikut media sosial anda tentang makna #Twiftar dan galakkan mereka untuk mengalu-alukan rakan-rakan pelbagai budaya untuk menikmati diskaun, sajian, dan ganjaran istimewa. Secara tidak langsung, cara ini mungkin meningkatkan bilangan pengunjung restoran anda Jadilah antara anggota netizen pertama yang mengadaptasikan trend #Twiftar secara online. Maklumkan pengikut media sosial anda tentang makna #Twiftar dan galakkan mereka untuk mengalu-alukan rakan-rakan pelbagai budaya untuk menikmati diskaun, sajian, dan ganjaran istimewa. Secara tidak langsung, cara ini mungkin meningkatkan bilangan pengunjung restoran anda.

Jangan hadkan pada Ramadhan sahaja


Idea-idea yang mendapat inspirasi daripada #Twiftar boleh juga dipraktikkan sepanjang tahun, bukan pada bulan Ramadhan sahaja. Kekalkan daya tarikan terhadap pelanggan anda dengan menyajikan masakan fusion atau tradisional, dan mengeksperimen tema-tema berbeza pada bila-bila masa sepanjang tahun.

Kembali kepada TREND TERKINI

Continue watching video?

Daftar akaun

Here's what you get

  • A chance to join our free sampling promotions
  • New dish ideas from our chefs
  • The latest trends and training modules