Saya bekerja di...

Teruskan

Kandungan anda sedang diadaptasikan kepada jenis perniagaan anda

Salah satu hashtag yang paling popular di Instagram ialah #food. Ia jelas menunjukkan bahawa orang ramai gemar untuk berkongsi hidangan yang mereka nikmati kepada pengikut-pengikut Instagram mereka.

Setiap post Instagram merupakan iklan dan testimoni kepada restoran atau kafe anda. Gambar yang menarik akan memberikan persepsi positif terhadap hidangan anda dan boleh menarik pelanggan yang berpotensi.

Pertama sekali, pastikan anda mempunyai asas-asas penting ini:

  • Mudah untuk dicari dan dikongsi – Wujudkan suasana sosial supaya pelanggan boleh tag sesuatu apabila mereka mengambil gambar makanan anda. Kemas kini akaun anda dengan memasukkan hashtag-hashtag pada post makanan anda. Selepas itu, pelanggan anda yang berpotensi boleh mencari post anda nanti.  Sesetengah kunci hashtag yang perlu diletakkan adalah nama restoran anda dan minuman atau makanan khas restoran atau kafe anda.

    Anda juga boleh membuat post lokasi untuk restoran atau kafe anda supaya pengguna Instagram boleh tag anda dengan mendaftar masuk di restoran anda.
  • Gabungkan Instagram dengan akaun media sosial yang lain – Kongsi gambar-gambar di semua rangkaian media sosial anda untuk tingkatkan lagi paparan dan menambahkan pengikut-pengikut dengan lebih banyak.
  • Deko dan perkakas berjenama – Tuala, mangkuk, dinding dan pelbagai lagi cara yang lain yang boleh menampilkan nama atau penjenamaan restoran atau kafe anda. 

Terdapat beberapa cara yang boleh anda lakukan untuk menjadikan Instagram restoran atau kafe anda lebih bernilai (Instagram-worthy):

Persembahan makanan

Persembahan makanan

Pertama sekali, kamera! Dalam era media sosial ini, penulis-penulis blog makanan telah mula untuk memberikan penilaian berdasarkan kebolehan menggunakan Instagram. Tarikan dan persembahan makanan akan menarik perhatian orang ramai untuk kunjungi restoran anda.

Jadi kreatif dalam plating! Vertikal, tema alam semula jadi, seni abstrak, dan pilihan pinggan unik (yang sukar didapati di mana-mana!) adalah beberapa kemungkinan dalam penilaian persembahan makanan anda!

Latar Belakang yang Gah!

Latar Belakang yang Gah!

Peluang-peluang untuk mengambil gambar Instagram yang menarik akan sentiasa ada dengan pelbagai barang hiasan, dari alas meja hingga ke tuala dan juga perkakas. Barang-barang ini bukan sahaja melengkapi hidangan menarik yang disediakan oleh chef anda, tetapi ia dijadikan sebagai penyeri gambar Instagram pelanggan anda. Tentukan dekorasi anda berdasarkan tema restoran anda, dan tukarkannya secara berkala supaya pelanggan anda akan sentiasa datang kembali untuk mendapatkan sesuatu yang baru.

Prop yang aneh!

Prop yang aneh!

Kini, pelanggan mahu jadi yang “pertama” dan “lain dari yang lain”. Mereka mahu berkata “Hey, saya orang yang pertama sekali berada di tempat ini” atau “Hey, saya yang ambil gambar seperti ini dahulu” kepada rakan-rakan.  Galakkannya dengan menyediakan prop yang aneh yang akan menjadi perkara wajib untuk post Instagram – roda kapal lanun di sebuah restoran makanan laut? Patung unikorn di kafe mamak? – dan pasti orang ramai akan mula kunjungi tempat anda.

Biarkan ada cahaya!

Biarkan ada cahaya!

Cahaya dan bayang-bayang adalah elemen penting yang akan menjadikan atau merosakkan komposisi sesuatu gambar. Dengan warna yang betul dan terang, pengikut Instagram yang merupakan pelanggan anda akan mengambil gambar-gambar yang cantik sebanyak yang boleh dan post di Instagram mereka. Lebihkan usaha anda untuk sediakan perhiasan lampu yang sesuai pada waktu malam, dan akaun Instagram anda akan bergelar Insta-popular!

‘Hashtag’kan!

‘Hashtag’kan!

Letakkan nama akaun Instagram dan media sosial anda yang lain pada menu. Anda juga boleh letakkan hashtag pada kad atau pada promosi khas yang boleh membuatkan pelanggan anda post tentang perkara tersebut.

Dengan cara ini, pelanggan hanya perlu lihat pada menu atau kad tersebut untuk tag anda dalam post makanan mereka yang terkini. Walaubagaimanapun, jaga pelanggan anda. Restoran yang kasual lebih tertarik kepada hashtag-hashtag di media sosial. Bagi restoran yang mempunyai pelanggan dalam golongan yang lebih tua pula, perniagaan boleh dijalankan dengan baik tanpa sebarang penggunaan media sosial. 

Beri ganjaran kepada mereka!

Beri ganjaran kepada mereka!

Restoran atau kafe anda juga boleh mengadakan pelbagai peraduan gambar menarik dan beri ganjaran istimewa kepada pelanggan. Contohnya, meminta pelanggan anda untuk memuat naik beberapa gambar makanan dengan menggunakan hashtag istimewa dan berikan kad istimewa untuk usaha mereka itu. Usaha pemasaran popular yang lain adalah post “isi tempat kosong” dan beri ganjaran pada post perkongsian mereka.

Kembali kepada Trend Terkini

Continue watching video?

Cipta sebuah akaun

Here's what you get

  • A chance to join our free sampling promotions
  • New dish ideas from our chefs
  • The latest trends and training modules