Saya bekerja di...

Teruskan

Kandungan anda sedang diadaptasikan kepada jenis perniagaan anda

Tidak hairan mengapa rakyat Malaysia sangat menggemari makanan. Ini kerana Malaysia dipenuhi dengan kekayaan dan kepelbagaian masakan budaya. Kepelbagaian sambutan makanan dan festival-festival di seluruh dunia akan memberikan pelanggan anda pelbagai sebab untuk meraikan cinta terhadap makanan.

Malaysia International Gastronomy Festival (MIGF)

MIGF merupakan acara tahunan selama sebulan dimana pengunjung boleh menikmati hidangan yang kreatif dan inovatif. Chef-chef merupakan peserta acara ini yang mengambil bahagian dalam pertandingan. Beberapa masakan yang telah dipersembahkan semasa MIGF adalah makanan Itali, Perancis Moden, Sri Lanka dan banyak lagi.

Pada 2016, acara pertama MIGF adalah acara yang bernama Taste MIGF, yang memperkenalkan makanan, hiburan, kelas masakan dan bengkel gaya hidup, dalam kalangan yang lain. 

Chef-chef akan mendapatkan inspirasi daripada kreativiti kedua-dua rakan dan idola mereka.

Hari __________ Sedunia

Isi tempat kosong tersebut! Inilah senarai sambutan hari-hari makanan kebangsaan yang anda boleh sertai untuk restoran atau kafe anda. 

Hari Lempeng Sedunia

Hari Lempeng Sedunia

47 hari sebelum hari Easter  (28 Februari 2017)

Lempeng adalah ruji dalam kebanyakan menu sarapan pagi. Lempeng Buttermilk adalah lempeng hidangan klasik. Anda boleh mencuba beberapa hidangan yang sihat termasuklah lempeng paleo raspberry lemon dan lempeng soba buttermilk. Tandakan tarikh Hari Lempeng Antarabangsa di kalendar anda kerana ia berubah setiap tahun. Jadi, rancang sebaik mungkin.

Hari Susu Sedunia

Hari Susu Sedunia

1 Jun

Syarikat tenusu akan menjadikan hari ini sebagai peluang untuk mempromosikan produk-produk mereka. Anda boleh tawarkan minuman berasaskan susu seperti teh susu berperisa atau susu kocak di restoran anda. 

Hari Sushi Sedunia

Hari Sushi Sedunia

18 Jun

Nutrisi yang baik pada sushi – sashimi (hirisan ikan mentah), dihidangkan bersama nasi dan rumpai laut nori. Anda boleh tawarkan vegie sushi beras perang atau quinoa nori gulung kepada vegan. Atau jika mahu lebih kreatif lagi, hidangkan sushi gulung kastard, sushi gulung daging panggang ataupun sushi gulung nasi lemak.

Hari Coklat Sedunia

Hari Coklat Sedunia

7 Julai

Coklat digemari oleh kebanyakan pengunjung.  Adakalanya, hasilnya tidak begitu memuaskan, dan coklat gelap sebenarnya mengandungi antioxidant (flavonoid) yang mencegah kolesterol LDL (kolesterol bahaya) di arteri. Jadi, kongsikan kebaikan coklat gelap ini kepada pengunjung. Contohnya, puding coklat gelap, coklat dan mentega kacang, roti pisang coklat gelap, dan bermacam lagi!

Hari Kopi Sedunia

Hari Kopi Sedunia

1 Oktober

Manusia bergantung pada kopi kerana memerlukan kafein untuk sentiasa berjaga dari tidur. Selain dari kopi percuma, restoran atau kafe anda boleh menawarkan makanan dan minuman yang unik. Contohnya, puding kopi, kek kopi, mocha berempah, dan lapisan daging bersama kopi.

Hari Telur Ayam Sedunia

Hari Telur Ayam Sedunia

Jumaat kedua bulan Oktober

Raikan telur ayam – salah satu sumber protein semula jadi. Aktiviti yang telah dijalankan adalah memasak, demo masakan, pertandingan mewarna, cabaran baling telur dan acara-acara di sekolah. Anda boleh memperkenalkan paleo telur McMuffin, pizza frittata, sup telur, kopi telur dan sebagainya kepada pengunjung.

Hari Pasta Sedunia

Hari Pasta Sedunia

25 Oktober

Raikan keriangan dengan spageti, penne dan linguine. Merujuk kepada organisasi Pasta Antarabangsa, terdapat lebih dari 600 bentuk pasta yang berbeza di dunia! Hari Pasta Sedunia ditujukan untuk menikmati pasta dan memberi kesedaran untuk mengekalkan diet seimbang. Beberapa idea untuk hidangan pasta berbeza – lasagna spageti, spageti mamak, taco spageti dan pai spageti.

Hari Vegan Sedunia

Hari Vegan Sedunia

1 November

Hari Vegan Sedunia tidak terhad kepada vegan sahaja. Diet berasaskan tumbuhan boleh dinikmati oleh sesiapa sahaja yang ingin mencubanya. Veganisme dikenali sebagai persediaan dan keperluan nutrisi. Antara hidangannya ialah biskut labu tanpa bakar, puding kelapa beras gajus dan kek keju strawberi.

Kembali kepada Trend Terkini

Continue watching video?

Daftar akaun

Here's what you get

  • A chance to join our free sampling promotions
  • New dish ideas from our chefs
  • The latest trends and training modules