Kebiasaannya, pelanggan akan menunggu selama 15 hingga 20 minit sementara chef menyiapkan hidangan mereka. Selepas itu, staf restoran akan menuju ke meja pelanggan untuk menghidangkan makanan yang telah siap. Dan, bermulalah santapan pertama! Sentuhan seni pada hidangan boleh dilakukan dengan pelbagai cara untuk membangkitkan lagi selera pelanggan, seperti steak ataupun spageti!
Terdapat beberapa tips ringkas untuk menghasilkan seni di atas pinggan.
1. Rancang
Rancangkannya terlebih dahulu. Objektifnya adalah untuk menjadikan idea anda realistik dengan mengurangkan sisa makanan semasa proses plating. Anda boleh membuat garis atau lakaran terlebih dahulu sebelum memulakannya.
2. Pinggan
Anda boleh dapat lebih banyak pilihan dengan mencuba pinggan berbentuk segi empat, bujur atau bentuk yang lain semasa menyusun pelbagai komponen makanan. Pinggan yang besar akan memberi ruang yang banyak untuk anda gunakannya. Jangan letak terlalu banyak makanan di atas pinggan. Ruang yang kosong akan membantu untuk menyerlahkan lagi susunan hidangan anda. Jika anda ragu-ragu, lebih selamat untuk menggunakan pinggan berwarna putih.
Walaubagaimanapun, jangan takut untuk menggunakan pinggan yang bercorak ataupun berwarna-warni. Ia masih nampak hebat. Walau apa pun warna pinggan itu, pastikan ia sesuai dengan hidangan anda. Jika warna hidangan anda adalah terang, hidangkannya di atas pinggan yang berwarna gelap, seperti warna hitam. Ia akan membuatkan hidangan anda tampak lebih menyerlah.
Selain itu, anda boleh menghasilkan pelbagai tema warna dengan alas meja, pasu bunga dan tuala.