Menu
Poin

Saya bekerja di...

Teruskan

Kandungan anda sedang diadaptasikan kepada jenis perniagaan anda

Komitmen kami terhadap pembungkusan lestari       

Sebagai syarikat barangan pengguna, kami mempunyai tanggungjawab yang jelas untuk memainkan peranan kami. Kita merupakan antara jenama, peruncit dan syarikat yang semakin berkembang yang membuat komitmen pembungkusan lestari.

 Namun, banyak lagi yang diperlukan untuk membiasakan penggunaan plastik boleh guna semula, boleh kitar semula dan boleh dikompos. Juga, kami memerlukan bantuan anda!

Di samping logo “please recycle”, setiap produk Unilever Food Solutions juga mempunyai arahan yang jelas dan pada pek yang menunjukkan cara mengendalikan setiap komponen pembungkusan selepas penggunaan.

Terdapat pelbagai tindakan yang boleh anda ambil untuk setiap komponen pembungkusan: guna semula, kitar semula atau lupuskan. Setiap satu ditunjukkan dengan ikon, seperti yang ditunjukkan di bawah.

Lihat label pada pakej anda dan ketahui tindakan untuk diambil

Guna semula

Guna semula

Anda boleh menggunakan semula bekas kosong dengan mengisi semulanya atau menggunakannya untuk menyimpan benda lain.

Kitar semula

Kitar semula

Masukkan komponen pembungkusan yang telah digunakan ke dalam tong atau bank kitar semula yang bersesuaian.

Lupus

Lupus

Masukkan komponen pembungkusan dalam tong.

 

Kerja kami dengan pengendali untuk menggalakkan kitar semula

Seperti yang kita tahu, sisa plastik, merupakan salah satu cabaran persekitaran global terbesar hari ini. Sehingga hari ini, lebih daripada 8.3 bilion tan plastik telah dicipta dan kebanyakan plastik ini telah dibuang (sumber: Science Daily).

Jika kadar semasa berterusan, 12 bilion tan akan berada dalam kambus tanah atau persekitaran semula jadi menjelang tahun 2050. Ini adalah tidak lestari dan memerlukan tindakan.

Mengumpul dan mengisih bahan kitar semula memainkan peranan yang penting dalam memastikan bahan boleh digunakan semula.

Matlamat kami adalah untuk menggalakkan kitar semula dalam kalangan pengendali dan pada masa yang sama, meningkatkan kesedaran pada tahap kerajaan dan NGO. Kami mempunyai beberapa projek yang menggalakkan orang untuk mengitar semula lebih banyak dan membantu untuk membuat kitar semula tabiat sepanjang hayat. Di Malaysia, kami bekerjasama dengan majlis-majlis tempatan melalui acara fizikal untuk mendidik pengendali makanan tentang kepentingan kitar semula untuk operasi perniagaan yang lebih mesra alam. Kami juga bekerjasama dengan MySaveFood (agensi di bawah Kementerian Pertanian) untuk mencipta kandungan untuk Akademi Chefmanship (di bawah topik Pengurusan Sisa Makanan dan Amalan Kelestarian Alam Sekitar) untuk mempromosikan aktiviti kitar semula di kalangan pengendali tempatan.

Untuk maklumat lanjut tentang komitmen Unilever Sustainable Living Plan, lihat Tentang Kami.

Menu
Produk
Resipi
Promosi
Cart