Menu
Poin

Saya bekerja di...

Teruskan

Kandungan anda sedang diadaptasikan kepada jenis perniagaan anda

Ketahui lebih tentang bagaimana Unilever Food Solutions membantu chef dan pengusaha dalam perniagaan makanan di Malaysia.

Hubungi atau emel kami jika anda ada pertanyaan.

 

Siapakah Unilever Food Solutions?

Unilever Food Solutions merupakan salah satu daripada syarikat perkhidmatan makanan yang terunggul di dunia. Kami menyediakan bahan-bahan dan perkhidmatan professional yang memenuhi pelbagai keperluan pelanggan – dari gerai makan ke hotel bertaraf lima bintang ke kantin sekolah dan rangkaian makanan besar – di 74 buah negara. Kami membantu chef-chef seluruh dunia menyediakan hidangan yang lazat dan sihat yang membuat tetamu dan pelanggan mereka kembali.


Siapa rakan kongsi anda?

Kami bekerjasama dengan pelbagai jenis pengendali makanan. Ini termasuk restoran tempatan yang diuruskan keluarga, kafeteria, rangkaian hotel dan makanan besar serta juga pertubuhan-pertubuhan dari industri makanan dan minuman.


Bagaimana boleh anda membantu saya?

Kami menyediakan bahan-bahan yang dapat membantu menjimatkan masa penyediaan di dapur tanpa mengkompromikan unsur rasa. Dan kami juga sentiasa memberi cadangan dan inspirasi; bukan sahaja dari segi memastikan menu yang segar dan menarik, malah juga bagi membantu pelanggan mendapatkan keseimbangan kritikal di antara menarik perhatian tetamu dan meraih keuntungan.

  • Dari chef untuk chef
    Kami mempunyai lebih daripada 500 chef seluruh dunia, termasuk 5 di Malaysia. Kami memahami apa yang diperlukan supaya anda boleh terus berjaya dan cara-cara untuk memastikan tetamu anda sentiasa berpuas hati. Kami bekerjasama dengan pakar nutrisi untuk membantu anda mereka masakan yang lazat dan berkhasiat yang berkualiti.
  • Perkembangan untuk masa hadapan
    Selain sentiasa mementingkan penyediaan makanan sihat dan berkhasiat, kami juga mengambil berat mengenai kesan kami ke atas bumi ini. Kami turut menjalankan tanggungjawab terhadap alam sekitar dengan mengambil langkah-langkah seperti menggunakan bahan-bahan dan pembungkusan yang datang dari sumber mampan, menjana kurang sisa dan menggunakan kurang tenaga.
  • Makanan amat penting kepada kami
    Disebabkan itu, anda boleh meletakkan kepercayaaan kepada kami untuk memenuhi keperluan tetamu anda.


Lokasi anda di Malaysia?

Unilever (Malaysia) Holdings Sdn Bhd Level 33-35,
Menara TM, Jalan Pantai Baru, 59200 KL, Malaysia


Apakah produk-produk yang ditawarkan?

Bahan-bahan kami merupakan sebahagian daripada bahan asas yang boleh didapati di dapur dapur professional di 74 buah negara – ini termasuk Knorr dan Best Foods. Kunjungi katalog produk untuk mendapatkan informasi penuh mengenai produk.


Apakah perkhidmatan lain yang ditawarkan?

Kami sentiasa berusaha untuk memberi ilham dan inspirasi baru kepada pelanggan, bukan sahaja untuk memastikan menu yang segar dan menarik, malah untuk mewujudkan keseimbangan kritikal di antara menarik hati tetamu dan meraih keuntungan. Dan kami mempunyai kepakaran untuk memahami keperluan anda sebagai pengendali perkhidmatan makanan. Contohnya, kami telah bekerjasama dengan para chef selama lebih daripada 80 tahun dan kini mempunyai seramai 500 chef seluruh dunia, yang membawa bersama mereka lebih daripada 3000 tahun pengalaman dalam arena masakan dan pemakanan. Kami juga merupakan syarikat pembuatan makanan sulung yang mempunyai sebegini ramai chef yang memainkan tugas kritikal dan pelbagai fungsi.

Di Malaysia, kami mempunyai Akademi Chefmanship yang dilengkapi dengan kelengkapan terbaru dan terkini untuk digunakan bagi tujuan untuk melatih pakar makanan dalama segala aspek pengendalian dapur yang berjaya.

Kami juga mempunyai pangkalan data resipi yang besar, serta pandangan mengenai masakan global dan tempatan. Kunjungi bahagian resipi untuk mendapat lebih maklumat!

Jika anda memerlukan bantuan dengan menu, dapur atau tetamu anda, kunjungi bahagian Perkhidmatan Kami untuk mendapatkan penyelesaian.


Di mana boleh saya beli produkUnilever Food Solutions di Malaysia?

Kami mempunyai rangkaian pengedar dan pemborong yang luas di Malaysia. Klik di sini untuk maklumat lanjut.

 

Siapakah Unilever Food Solutions?

Unilever Food Solutions merupakan salah satu daripada syarikat perkhidmatan makanan yang terunggul di dunia. Kami menyediakan bahan-bahan dan perkhidmatan professional yang memenuhi pelbagai keperluan pelanggan – dari gerai makan ke hotel bertaraf lima bintang ke kantin sekolah dan rangkaian makanan besar – di 74 buah negara. Kami membantu chef-chef seluruh dunia menyediakan hidangan yang lazat dan sihat yang membuat tetamu dan pelanggan mereka kembali.


Apakah yang ditawarkan oleh Unilever Food Solutions?

Kami menyediakan bahan-bahan yang dapat membantu menjimatkan masa penyediaan di dapur sambil mengambil kira rasa. Dan kami juga sentiasa memberi cadangan dan inspirasi; bukan sahaja dari segi memastikan menu yang segar dan menarik, malah juga bagi membantu pelanggan mendapatkan keseimbangan kritikal di antara menarik perhatian tetamu dan meraih keuntungan.

  • Dari chef untuk chef
    Kami mempunyai lebih daripada 500 chef seluruh dunia, termasuk 5 di Malaysia. Kami memahami apa yang diperlukan supaya anda boleh terus berjaya dan cara-cara untuk memastikan tetamu anda sentiasa berpuas hati. Kami bekerjasama dengan pakar nutrisi untuk membantu anda mereka masakan yang lazat dan berkhasiat yang berkualiti.
  • Perkembangan untuk masa hadapan
    Selain sentiasa mementingkan penyediaan makanan sihat dan berkhasiat, kami juga mengambil berat mengenai kesan kami ke atas bumi ini. Kami turut menjalankan tanggungjawab terhadap alam sekitar dengan mengambil langkah-langkah seperti menggunakan bahan-bahan dan pembungkusan yang datang dari sumber mampan, menjana kurang sisa dan menggunakan kurang tenaga.
  • Makanan amat penting kepada kami
    Disebabkan itu, chef, sektor perhotelan dan syarikat perkhidmatan makanan boleh meletakkan kepercayaaan kepada kami untuk memenuhi keperluan tetamu mereka.


Lokasi anda di Malaysia?

Unilever (Malaysia) Holdings Sdn Bhd Level 33-35,
Menara TM, Jalan Pantai Baru, 59200 KL, Malaysia


Apakah produk-produk yang ditawarkan?

Bahan-bahan kami merupakan sebahagian daripada bahan asas yang boleh didapati di dapur dapur professional di 74 buah negara – ini termasuk Knorr dan Lady's Choice. Klik di sini untuk melihat senarai produk penuh.


Apakah perkhidmatan lain yang ditawarkan?

Kami sentiasa berusaha untuk memberi ilham dan inspirasi baru kepada pelanggan, bukan sahaja untuk memastikan menu yang segar dan menarik, malah untuk mewujudkan keseimbangan kritikal di antara menarik hati tetamu dan meraih keuntungan. Dan kami mempunyai kepakaran untuk memahami keperluan anda sebagai pengendali perkhidmatan makanan. Contohnya, kami telah bekerjasama dengan para chef selama lebih daripada 80 tahun dan kini mempunyai seramai 500 chef seluruh dunia, yang membawa bersama mereka lebih daripada 3000 tahun pengalaman dalam arena masakan dan pemakanan. Kami juga merupakan syarikat pembuatan makanan sulung yang mempunyai sebegini ramai chef yang memainkan tugas kritikal dan pelbagai fungsi.

Di Malaysia, kami mempunyai Akademi Chefmanship yang dilengkapi dengan kelengkapan terbaru dan terkini untuk digunakan bagi tujuan untuk melatih pakar makanan dalama segala aspek pengendalian dapur yang berjaya.

Kami juga mempunyai pangkalan data resipi yang besar, serta pandangan mengenai masakan global dan tempatan.


Apa yang membezakan Unilever Food Solutions daripada syarikat perkhidmatan makanan lain?

Kami juga merupakan syarikat pembuatan makanan sulung yang mempunyai sebegini ramai chef yang memainkan tugas kritikal dan pelbagai fungsi.


Apakah itu Laporan Menu Sedunia?

Laporan Menu Sedunia adalah laporan sedunia tahunan oleh Unilever Food Solutions yang mengandungi butiran mengenai tren makan luar merupakan gambaran mengenai tabiat pemakanan pengguna. Laporan pertama dan kedua ‘Apakah Kandungan Makanan Anda’ dan ‘Dapur Mampan – Mengurangkan Sisa Makanan’, telah dikeluarkan pada tahun 2011. Laporan ketiga, ‘Nutrisi Menawan’, dikeluarkan pada tahun 2012, memberi fokus kepada kesihatan dan nutrisi.

Kajian Laporan Menu Sedunia dijalankan oleh BrainJuicer® dengan kerjasama salt PR. Kajian dijalankan dengan kaedah menemuramah sejumlah sampel wakil dari 10 buah negara termasuk negara membangun dan negara sedang membangun: Amerika Syarikat, UK, Cina, Germany, Rusia, Brazil, Turkey, Poland, Afrika Selatan dan Indonesia. 5,000 orang (500 dari setiap negara) yang mengamalkan makan di luar sekurang-kurangnya sekali dalam seminggi telah ditemuramah. Bandar-bandar yang disurvey di setiap negara bagi tujuna kajian ini diklasifikasikan sebagai ‘Pangkat 1’ (bandar terbesar) dan ‘Pangkat 2’ (bandar sederhana).


Siapakah yang boleh saya hubungi untuk mendapatkan lebih maklumat mengenai Unilever Food Solutions dan Laporan Menu Sedunia?

Sila hubungi bahagian media di sini.

Menu
Produk
Resipi
Promosi
Cart