Menu
Poin

Saya bekerja di...

Teruskan

Kandungan anda sedang diadaptasikan kepada jenis perniagaan anda

Pasukan Chef

Kenalilah para chef pakar yang membantu menjadikan Unilever Food Solutions sebagai sumber inspirasi harian anda. Dengan nasihat and pengetahuan yang dikumpul dari pengalaman lama bekerja sebagai chef, pasukan kami dapat membantu anda mencipta hidangan yang lazat, berkhasiat dan berstandard tinggi dengan konsisten.

Chef Elgin Chew

Chef Elgin Chew

Chef Eksekutif, Malaysia

Selepas tamat pengajian di KDU dan di Le Cordon Bleu Sydney, Chef Elgin telah berpeluang bekerja dengan jenama terkenal seperti Hotel Ritz-Carlton, JW Marriott dan Hilton yang telah banyak mengasah kemahiran teknikalnya serta membawanya merentas benua ke negara-negara seperti Jerman dan Sydney. Dia turut dicabar untuk memegang posisi ketua ketika bekerja dengan satu rantaian kedai makanan dan minuman yang terkenal di Singapura sebelum pulang ke Malaysia.

Chef Elgin pernah mengambil bahagian dalam pelbagai pertandingan masakan seperti Food Hotel Malaysia, Chaîne des Rôtisseurs Apprentice dan Australian Cullinary Challenge di mana beliau menerima pingat gangsa ketika mewakili Le Cordon Bleu Sydney.

Beliau percaya bahawa seni kulinari sentiasa berkembang di mana seseorang harus sentiasa mempunyai kesedaran tentang trend yang mendatang atau terkini untuk kekal relevan kepada industri. Beliau menyertai pasukan di UFS pada tahun 2017 dan bersemangat menggalakkan sinergi di kalangan ahli serta memastikan moto syarikat - "Chef Senang Untuk Melakukan Apa Yang Mereka Suka" berlaku.

Chef Hadzrin Mohd-Din

Chef Hadzrin Mohd-Din

Senior Chef Sous, Segmen Melayu/ Chains

Selepas tamat pengajian di sekolah kulinari pada tahun 2001, Chef Hadzrin memulakan kerjayanya di dapur hotel lima bintang seperti Westin dan Shangri-La, dimana beliau mengasah kepakarannya dalam masakan Asia dan Melayu. Beliau juga sering dipilih sebagai chef peribadi kepada tetamu-tetamu VVIP seperti bekas Presiden Perancis Jacques Chirac and Presiden Rusia Vladimir Putin.

Chef Hadzrin berkongsi pengalamannya selama 16 tahun dengan segmen Rangkaian dan Melayu di Unilever Food Solutions di mana beliau mencipta hidangan-hidangan baru dan juga mengendalikan sesi Chefmanship Akademi untuk segmen Makanan Tempatan Melayu.

Chef Alan Wong

Chef Alan Wong

Senior Chef Sous, Cina/Chains

Chef Alan mula memasak ketika usianya baru 10 tahun, di sisi atuknya yang sering mengambil alih dapur mereka untuk menyediakan makanan untuk keluarga. Ini mencetuskan semangat untuk memasak yang masih utuh sampai ke hari ini biarpun beliau telah biarpun bekerja selama 25 tahun di industry kulinari. Kepakaran beliau dalam masakan Hu dan Kantonis berasal dari bekerja di berbagai restoran Cina seperti Restoran Tsui Heng, Kah Fei Dian dan Restoran Nan Xiang.

Chef Alan adalah ketua Chef Masakan Cini di Unilever Food Solutions, di mana beliau membantu pasukan membina dan mengembangkan segmen Cina menerusi idea hidangan, latihan kakitangan dan perhubungan dengan pelanggan.

Chef Yang Ibrahim

Chef Yang Ibrahim

Senior Chef Sous, HORECA

Kreativiti dan semangat adalah pencetus minat Chef Yang untuk menyertai industry kulinari. Selepas tamat pengajian di Universiti Teknologi MARA pada tahun 1987, beliau telah bekerja di beberapa hotel tempatan dan antarabangsa, di mana beliau mengasah kemahiran masakan dan pengetahuan tentang hidangan antarabangsa. Beliau juga telah menyertai beberapa pertandingan masakan bertaraf tempatan dan antarabangsa.

Pengalaman Chef Yang dalam menguruskan kedua-dua aspek kreatif dan teknikal di dapur amat kritikal dalam latihan produk dan dapur, di samping berkongsi pengetahuan yang penting dengan pelanggan HORECA kami.

Chef Allen Chin

Chef Allen Chin

Junior Chef Sous, Chains

Chef Allen memberikan kredit kepada ibunya yang telah memupuk cintanya untuk memasak pada usia yang muda. Selepas menamatkan pengajian di Kolej KDU pada tahun 2000, beliau telah bekerja di restoran-restoran popular seperti Restoran Planet Hollywood dan Hard Rock Café di mana beliau telah belajar tentang pelbagai jenis masakan dan mengasah kemahiran sebagai seorang chef.

Dengan kepakaran memasak selama 15 tahun, beliau telah menyertai pasukan chef di Unilever Food Solutions sebagai Junior Chef Sous bahagian Rangkaian, untuk membangunkan hidangan-hidangan inovatif untuk pelanggan Rangkaian kami.

Menu
Produk
Resipi
Promosi
Cart