Menu
Poin

Saya bekerja di...

Teruskan

Kandungan anda sedang diadaptasikan kepada jenis perniagaan anda

 

Sila baca dengan teliti. Ia mengawal penggunaan laman web ini dan semua bahan yang terkandung. 

Am
Akses kepada dan penggunaan laman Unilever (Malaysia) Holdings Sdn Bhd adalah tertakluk kepada terma dan syarat-syarat berikut serta undang-undang negara Malaysia.


Hakcipta
Hakcipta © Unilever (Malaysia) Holdings Sdn Bhd 1998-2002. Semua Hak Terpelihara. Segala hakcipta dan harta intelektual yang termasuk maklumat, teks, imej, audio, perisian dan lain-lain yang terdapat di lamat ini adalah hakmilik Unilever (Malaysia) Holdings Sdn Bhd dan syarikat-syarikat bersekutu ataupun digunapakai melalui izin pemilik. Rujukan kepada sekutu atau syarikat-syarikat bersekutu termasuk semua ahli Kumpulan Unilever.

Anda dibenarkan melayari laman web ini dan menghasilkan salinan melalui percetakan, memuat turun kepada cakera keras dan pengedaran kepada orang lain tetapi, dalam semua kes, hanya untuk tujuan bukan komersial, maklumat dan peribadi sahaja. Tiada pengeluaran semula mana-mana bahagian laman web ini boleh dijual atau diedarkan untuk keuntungan komersil dan tidak boleh diubahsuai atau dimasukkan dalam apa-apa kerja, penerbitan atau laman web lain, sama ada dalam bentuk salinan kertas atau format elektronik, termasuk penghantaran ke mana-mana laman web lain. Tiada lesen atau hak lain diberikan. 


Cap Dagangan
Semua cap dagangan yang dipaparkan di laman ini adalah sama ada dimiliki atau digunakan di bawah lesen Unilever (Malaysia) Holdings Sdn Bhd dan sekutunya. 


Ketersediaan Produk
Unilever (Malaysia) Holdings Sdn Bhd tidak membekalkan apa-apa produk atau perkhidmatan kepada pelanggan. Rujukan kepada mana-mana produk atau perkhidmatan di laman web ini tidak bermaksud sebagai satu tawaran untuk menjual atau membekalkan produk atau perkhidmatan dan tidak bermakna bahawa produk atau perkhidmatan yang boleh didapati di semua negara atau bahawa nama, perihal atau spesifikasi produk atau perkhidmatan akan sama seperti yang dimasukkan dalam laman web ini. Nasihat khusus mengenai adanya serta kesesuaian mana-mana produk atau perkhidmatan yang tertentu perlu dicari dari Unilever (Malaysia) Holdings Sdn Bhd affiliate atau pengedar yang berkenaan. 


Sekuriti
Tiada maklumat di laman web ini yang boleh dianggap sebagai tawaran untuk melabur dalam Unilever (Malaysia) Holdings Sdn Bhd atau mana-mana sekutunya. Harga saham dan pendapatan yang diperolehi boleh turun dan naik dan pelabur mungkin tidak akan mendapat balik jumlah asal yang dilaburkan. Prestasi masa lalu tidak semestinya menjadi panduan untuk prestasi masa hadapan. 


Kandungan
Maklumat di laman web ini telah dimasukkan dengan niat baik tetapi hanya untuk tujuan maklumat umum sahaja. Kite tidak boleh bergantung kepada nya untuk apa-apa maksud tertentu dan tidak ada perwakilan atau jaminan yang diberikan berkenaan ketepatan atau kesempurnaannya. Harga saham dan pendapatan yang diperolehi boleh turun dan naik dan pelabur mungkin tidak akan mendapat balik jumlah asal yang dilaburkan. Prestasi masa lalu tidak semestinya panduan untuk prestasi masa hadapan. Unilever (Malaysia) Holdings Sdn Bhd mahupun mana-mana sekutu atau pegawai mereka atau sekutu mereka, pekerja atau ejen tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kerugian, kerosakan atau perbelanjaan yang timbul daripada apa-apa akses kepada atau penggunaan laman web ini atau mana-mana laman yang dikaitkan dengan ia termasuk, tanpa had, apa-apa kehilangan keuntungan, kerugian tidak langsung, sampingan atau yang berbangkit. 

Kami berhak untuk membuat apa-apa perubahan dan pembetulan ke laman web ini jika dan apabila kami menganggap ia sesuai dan tanpa notis. 


Laman Web Berkaitan
Di beberapa tempat di seluruh laman web anda mungkin dicadangkan pautan automatik ke laman internet lain yang berkaitan dengan aspek tertentu dari laman web ini. Ini tidak menunjukkan bahawa Unilever (Malaysia) Holdings Sdn Bhd atau gabungannya semestinya dikaitkan dengan mana-mana laman web lain atau pemiliknya. Walaupun ia adalah niat Unilever (Malaysia) Holdings Sdn Bhd supaya anda menjumpai laman-laman lain yang menarik, Unilever (Malaysia) Holdings Sdn Bhd, atau sekutu, atau mereka atau sekutu mereka pegawai, pekerja dan ejen tidak akan mempunyai apa-apa tanggungjawab atau menanggung liabiliti bagi laman-laman yang lain atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya, dimana tiada yang telah disahkan atau disokong oleh Unilever (Malaysia) Holdings Sdn Bhd atau sekutunya. Jika pada bila-bila masa anda mendapati bahawa anda telah melayari laman lain anda boleh kembali ke laman web ini dengan klik pada panah "ke belakang", atau dengan menaip alamat domain Unilever (Malaysia) Holdings Sdn Bhd (http://www.unileverfoodsolutions.com.my).

Menu
Produk
Resipi
Promosi
Cart