Saya bekerja di...

Teruskan

Kandungan anda sedang diadaptasikan kepada jenis perniagaan anda

Kami UFS. Kami menyokong Cef.

Sokongan cef – oleh Cef untuk Cef

Unilever Food Solutions merupakan perniagaan yang ditubuhkan oleh Cef, jadi kami mengetahui masalah yang anda hadapi di dapur setiap hari. Segala usaha kami bertujuan untuk memudahkan kehidupan anda. Kami bermatlamat untuk menginspirasikan anda, melatih anda dan memberi anda penyelesaian produk yang terbaik. 

Hasil daripada pengalaman mendalam dalam perkhidmatan makanan profesional, pasukan kami yang terdiri daripada lebih 300 orang Cef mewujudkan penyelesaian masakan yang mengimbangi rasa, menyenangkan dan pemakanan dengan standard yang tinggi secara konsisten.

Rangkaian global profesional perkhidmatan makanan kami membantu mendapatkan ramuan lestari yang terbaik, menghasilkan produk yang berkualiti, mencipta resipi yang menginspirasi & popular serta memberi Cef latihan dan sokongan. 

 

 

 

Ikuti pasukan cef dan ahli profesional makanan kami!

Kami bersedia untuk menginspirasikan anda. Untuk maklumat lanjut tentang ramuan popular, teknik makanan terkini, humor dapur dan acara kulinari terbaik, ikuti kami sekarang.

Hubungi Kami

(603) 2246 2288
Hubungi Hotline Pelanggan kami untuk pertanyaan umum atau isu kualiti produk.

Trend & inspirasi menu

Permintaan untuk makanan vegetarian, pilihan menu tanpa gluten dan diet makanan lengkap berasaskan tumbuhan menunjukkan bahawa trend makanan dan keperluan pelanggan sentiasa berubah – kami menyedari bahawa anda sentiasa berusaha untuk menangani cabaran ini.

Pasukan pakar Cef kami memudahkan anda untuk terus berinspirasi dan yakin dengan trend makanan terkini, resipi restoran dan kursus Cef dalam talian.  

 

Fakulti kulinari dalam talian kami: UFS Academy

Sebagai Cef, anda tahu bahawa anda tidak akan berhenti belajar.

Jika anda baru mula mengorak langkah atau merupakan profesional berpengalaman, anda boleh meningkatkan kemahiran anda di dapur melalui kursus kulinari dalam talian kami. 

Pasukan profesional kulinari kami bersedia untuk mengajar anda kemahiran kulinari serta petua & teknik yang boleh anda gunakan dengan serta-merta! Log masuk ke Akademi kami sekarang dan dapatkan akses untuk kursus dan latihan ringkas Cef dalam talian secara PERCUMA.

 

Kedai Web UFS - Pengedar Makanan Borong

Produk perkhidmatan makanan  kami dihasilkan melalui penglibatan rapat bersama Cef kami. Oleh itu, tidak hairanlah bahawa peneraju jenama perkhidmatan makanan kami menyampaikan kualiti tanpa berkompromi di dapur. Produk kami memenuhi keperluan anda dan pelanggan anda: antaranya termasuklah sos tanpa gumpalan, produk vegan, formulasi rempah tanpa pewarna dan pengawet. Untuk memberi anda perkhidmatan terbaik seboleh mungkin, kami memberi anda pilihan untuk menempah semua produk perkhidmatan makanan kami dalam Kedai Web UFS.

Dengan menempah produk UFS anda dalam kedai web kami, anda akan mendapat mata kesetiaan Cef untuk program Ganjaran Cef kami. Mata boleh ditebus untuk pisau, baucar dan banyak lagi.

Komitmen Unilever Foods Solutions untuk pembungkusan lestari

Dalam hal berkaitan penggunaan plastik, kami di Unilever Food Solutions percaya kurang adalah lebih baik. Unilever Sustainable Living Plan terus menjadi garis panduan kami sementara kami berusaha ke arah komitmen besar yang telah kami buat untuk mengurangkan plastik.

Menjelang 2020: kami akan mengurangkan sisa yang dikaitkan dengan pelupusan produk kami sebanyak 50%.

Menjelang 2025: 100% pembungkusan plastik kami akan boleh diguna semula, boleh dikitar semula atau boleh dikompos. Juga, 25% pembungkusan plastik kami akan diperbuat daripada plastik dikitar semula pascapengguna (atau PCR). Kami akan mengurangkan separuh daripada penggunaan plastik baru dengan mengurangkan penggunaan mutlak pembungkusan plastik sebanyak lebih daripada 100,000 tan dan mempercepat penggunaan plastik kitar semula. Membantu untuk mengumpul dan memproses lebih banyak pembungkusan daripada yang kami jual

Di samping mengurangkan penggunaan plastik, kami komited untuk membantu dalam mencipta ekonomi kitaran untuk plastik. Ini bermakna mengambil tindakan pada semua tahap dalam kitaran plastik.

Oleh itu, strategi tiga bahagian kami untuk mengurangkan plastik ialah:

  1. TIADA PLASTIK
  2. KURANG PLASTIK
  3. PLASTIK YANG LEBIH BAIK

 

 

Please recycle

Mulai sekarang, semua produk Unilever Food Solutions akan mempunyai logo “please recycle  yang menjemput pelanggan dan pengguna kami untuk menyertai perjalanan ini dengan kami. Kami juga terus bekerja dengan pembekal dan rakan kongsi secara rapat untuk mencipta penyelesaian kitar semula jika penyelesaian tersebut masih belum wujud.