Menu
Poin

Saya bekerja di...

Teruskan

Kandungan anda sedang diadaptasikan kepada jenis perniagaan anda

01:27

SOALAN LAZIM “Bagaimana kedai-web ini berfungsi?”


1.      Tentang kedai web

Di kedai-web Unilever Food Solutions anda bukan sahaja boleh membeli produk kami tetapi juga boleh mendapat manfaat daripada promosi istimewa kami serta pelbagai tawaran musim perayaan. Bila mendaftar, anda akan menjadi sebahagian daripada program kesetiaan kami secara automatik. Kumpulkan poin kesetiaan setiap kali anda berbelanja di laman web www.UFS.com, di mana anda juga boleh menebus pelbagai ganjaran hebat. Dan apa yang paling menarik sekali, penghantaran dan pembayaran adalah melalui pemborong kegemaran anda (Rakan Dagang)!


2.      Cara untuk mendaftar

Daftar dengan hanya klik log masuk di bahagian kanan atas di laman ini, dan cipta akaun dengan melengkapkan pendaftaran


3.      Cara untuk membeli belah

Bagaimana saya boleh membuat pembelian di kedai-web Unilever Food Solutions?

Untuk membeli-belah di kedai-web Unilever Food Solutions, anda tak perlu mendaftar. Beli produk kegemaran anda dengan menambah ke dalam kart anda di laman keseluruhan produk atau di laman terperinci produk.

Jika anda mahu mengesan sejarah pesanan anda dan sertai program kesetiaan, anda hanya perlu daftar dan pilih pemborong pilihan anda. Anda boleh mula kumpulkan poin kesetiaan anda dan manfaatkan promosi-promosi kami!

Apakah pra-syarat untuk menggunakan kedai ini?

Pengunaan kedai-web Unilever Food Solutions memerlukan anda menjadi seorang pelanggan dengan akaun sedia ada di salah satu pemborong yang tersenarai (Rakan Dagang).

Apakah maklumat log-masuk yang saya perlukan untuk kedai-web ini?

Anda boleh gunakan kedai-web tanpa log masuk atau menggunakan maklumat log masuk yang anda cipta bila anda mendaftar di laman ini. Manfaat daripada ini ialah, ia membolehkan anda mengumpulkan poin kesetiaan dan butiran anda akan disimpan untuk pesanan seterusnya, jadi anda tak perlu isi butiran anda sekali lagi. Anda juga boleh menggunakan kedai-web tanpa mendaftar. Bagi kedua-dua kes, anda perlu menjadi pelanggan dengan menggunakan akaun sedia ada di salah satu daripada pemborong yang tersenarai (Rakan Dagang).

Saya tidak mempunyai akaun dengan mana-mana pemborong ini. Apa yang boleh saya lakukan?

Jika anda mahu menjadi pelanggan dan ingin mencipta akaun dengan salah satu daripada pemborong kami, sila terus hubungi pemborong tersebut.


4.      Bagaimana untuk mencari sejarah pesanan anda

Untuk akses sejarah pesanan anda, log masuk ke akaun anda melalui bahagian kanan atas laman. Ia akan menyatakan "log masuk” atau gunakan nama pengguna bila anda log masuk.

Di menu ini, sila klik pada “Akaun saya”. Di bahagian “Akaun saya” anda boleh akses “sejarah pesanan” di bahagian kiri.


5.      Penghantaran dan Pembayaran

Siapa yang akan menghantar pesanan saya?

Pemborong pilihan anda (Rakan Dagang) akan menghantar pesanan anda pada hari penghantaran yang ditetapkan. Anda boleh selesaikan pembayaran menerusi pemborong anda (Rakan Dagang) seperti tertakluk pada perjanjian akaun anda dengan pemborong pilihan anda (Rakan Dagang)

Bilakah pesanan saya akan dihantar?

Pesanan anda akan dihantar terus kepada anda pada hari penghantaran yang ditetapkan seperti yang ditetapkan dengan pengedar anda (Rakan Dagang).

Apa yang perlu saya lakukan sekiranya pesanan saya tidak sampai?

Pemborong anda bertanggungjawab ke atas penghantaran pesanan anda. Jika pesanan anda tidak sampai, sila hubungi pemborong anda dengan nombor pengesahan pesanan anda.


6.      Harga-harga di kedai-web

Apakah harga yang dikenakan di kedai-web?

Harga yang dipaparkan bukanlah harga jualan tetapi harga runcit yang disyorkan oleh Unilever Food Solutions. Harga ini diguna pakai untuk mengira poin kesetiaan yang anda akan terima. Harga sebenar adalah berbeza daripada pemborong (Rakan Dagang). Sila ambil perhatian bahawa jika pesanan anda dibuat sebagai tetamu mungkin akan mengakibatkan masa penghantaran yang lebih lama.


7.       Penyertaan bagi program kesetiaan “Dalam Talian UFS Ganjaran” 

Bila anda mendaftar di ufs.com anda secara automatik layak untuk mengambil bahagian dalam program kesetiaan kami. Untuk maklumat lanjut bagi program kesetiaan kami, klik di sini.

Menu
Produk
Resipi
Promosi
Cart