Menu
Poin

Saya bekerja di...

Teruskan

Kandungan anda sedang diadaptasikan kepada jenis perniagaan anda

Pengurusan lebihan bahan masakan sering sahaja dipandang ringan di dalam operasi hidangan makanan. Kadang-kadang lebihan makanan dibuang begitu sahaja. Penyelidikan oleh Solid Waste Corporation Management Malaysia (SWCorp) menunjukkan satu perempat daripada makanan dibazirkan oleh rakyat Malaysia di dalam proses penyediaan, pengeluaran dan pengambilan.

Atasi masalah ini dengan kawalan harga dan turun naik harga. Tentukan kestabilan harga-harga ini dan jadikan perubahan bahan pada menu mengikut kesesuaian. Anda juga mungkin mahu mempertimbangkan untuk membatalkan menu tersebut kerana kosnya memberi kesan pada keuntungan dalam jangka panjang.

Mengaktifkan peringatan untuk laporan cuaca juga merupakan kaedah yang baik bagi memantau pembuangan lebihan makanan. Pelanggan mungkin kurang ketika musim monsun dan musim hujan, jadi, pastikan agar anda mengurangkan bahan untuk meminimumkan lebihan bahan. Walaupun begitu, terdapat beberapa kaedah kreatif untuk menggunakan semula lebihan bahan masakan.

Tulang dan organ binatang

Tulang dan organ binatang

Sebagai peraturan asas – apa juga bahan yang tidak terjual (tulang, isi, kulit) – kumpulkan semuanya dan jadikan kaldu! Ini bukan sahaja menjimatkan dan mengelakkan anda daripada membeli bahan-bahan tambahan, tetapi resipi ini sendiri sememangnya mudah. Hanya masukkan lebihan bahan, kemudian dicampurkan dengan air, bawang, saderi, lobak merah serta gabungan sayur dan herba segar.

Kulit oren

Kulit oren

Terdapat pelbagai cara untuk memaksimumkan penggunaan bahan-bahan versatil. Anda boleh mengoyakkan kulitnya sebagai kondimen di dalam air mendidih untuk mencipta infusi buah-buahan anda yang tersendiri dan juga pelbagai lagi. Tetapi pastikan anda tidak membuang bahan-bahan ini.

Lebihan sayur-sayuran

Lebihan sayur-sayuran

Bermula daripada lobak merah hinggalah kepada bawang, lebihan sayur-sayuran ini mungkin nampak sikit sahaja dari segi kuantitinya, tetapi jumlahnya meningkat mengikut masa. Kisarkan sahaja semuanya dan masukkan ia sebagai bahan untuk membuat jemput-jemput atau tepung gorengan. Ia akan menjadi makanan jejari yang sempurna untuk snek mahupun pembuka selera. Anda juga boleh memasukkannya ke dalam bahan untuk membuat kaldu bagi menyemarakkan lagi rasanya.

Kulit telur

Kulit telur

Jangan buang kulit telur. Kisar semua kulit telur sehingga menjadi serbuk dan taburkannya di sekeliling taman anda. Ia berfungsi sebagai sumber kalsium pada tanah dan menggalakkan pertumbuhan pokok yang sihat.

Kembali kepada PERNIAGAAN MAKANAN 101

Menu
Produk
Resipi
Promosi
Cart