Saya bekerja di...

Teruskan

Kandungan anda sedang diadaptasikan kepada jenis perniagaan anda

Makanan warisan membawa simbol ideal di dalam gaya hidup warga muslim di Malaysia. Diwarisi daripada warga tempatan dan pendatang, makanan warisan sentiasa dikenang dan menjadi sajian penting ketika musim perayaan. Hari Raya adalah masa yang sempurna untuk mengabadikan kenangan lama bersama tetamu anda dengan sajian istimewa yang memikat selera berupa daripada lemang hinggalah ke lontong!

Lemang

Lemang

Gabungan beras pulut dan santan menjadikan kegemaran ramai di Malaysia ini sebagai satu sajian warisan yang ulung. Dibalut di dalam daun pisang untuk membangkitkan bau wangi, ia kemudiannya dimasukkan ke dalam batang buluh kosong dan dibakar di atas api. Dihidangkan panjang dan dipotong bulat-bulat, lemang sangat lazat dinikmati bersama kari atau rendang.

Ketupat

Ketupat

Ketupat tradisi dipersembahkan dengan penuh kesempurnaan di dalam anyaman daun kelapa yang sangat cantik dipandang tetapi sukar untuk dimahiri pembuatannya. Beras dimasukkan ke dalam sarung ketupat yang telah siap dianyam dan direbus sehingga masak. Keindahan dan keistimewaan ketupat melambangkan betapa istimewanya hari raya.

Rendang

Rendang

Berasal daripada suku kaum etnik Minangkabau di Indonesia, sajian klasik ini dimasak dengan santan sehingga pekat dan semua kuahnya melekat dan menyaluti daging berbanding sajian kuah lain. Rendang biasanya dibuat daripada daging lembu atau ayam. Menariknya, rendang mengandungi bahan pengawet semulajadi yang terhasil daripada gabungan santan, pelbagai bahan dan rempah yang membolehkan ianya tahan sehingga empat minggu.

Bubur Lambuk

Bubur Lambuk

Bubur lambuk biasanya dibuat pada bulan Ramadhan dan sajian warisan ini menjadi kegemaran ramai kerana bahan-bahannya mudah ditukar ganti mengikut selera masing-masing. Antara resipi tradisi yang lazimnya digunakan adalah kombinasi rempah ratus seperti jintan manis, buah pelaga, kayu manis dan lada hitam. Ia berubah mengikut masa dan telah dipelbagaikan dari segi rempah -ratus, sayur-sayuran dan daging mengikut rakyat setempat – bagi negeri Terengganu contohnya, budu akan ditambah untuk menambah aroma.

Dodol

Dodol

Sajian tradisi ini diperbuat daripada santan, gula melaka dan beras pulut melalui  proses masakan yang tidak mudah sama sekali. Dimasak di atas dapur selama sembilan jam, gabungan melekit ini harus dikacau secara berterusan bagi mengelakkan rasa hangus. Hasilnya adalah sangat mewah dan penuh perisa, menjadikan dodol kegemaran ramai, baik orang dewasa mahupun kanak-kanak.

Lontong

Lontong

Lontong adalah sajian yang terhasil daripada gabungan nasi himpit, sayur-sayuran dan daging. Sajian klasik lontong biasanya dihidangkan di dalam kuah santan yang tidak manis. Bergantung kepada selera setempat, terdapat banyak variasi masakan lontong. Pelbagai bahan ditambah ke dalam lontong bermula daripada kuah kacang, tempe hinggalah kepada telur rebus. Sajian yang berasal dari Indonesia ini dihidang secara berasingan dengan nasi himpit bagi mengelakkan nasi himpit menjadi lembik bila terendam di dalam kuah di dalam masa yang lama.


Kembali kepada RAMADHAN

Continue watching video?

Cipta sebuah akaun

Here's what you get

  • A chance to join our free sampling promotions
  • New dish ideas from our chefs
  • The latest trends and training modules