Tambahkan rasa yang unik dengan limau nipis pada menu di bazar-bazar Ramadan. Terdapat tiga resipi ringkas yang anda boleh gunakan Serbuk Limau Nipis Knorr. Ia akan menyingkatkan masa penyediaan kerana tidak perlu untuk perah limau nipis lagi. Anda juga boleh mendapatkan rasa limau nipis yang konsistent dalam setiap hidangan.
Pertama sekali, anda perlu sediakan pati jus limau nipis. Campurkan 300gm air bersama 100gm Serbuk Perasa Limau Nipis Knorr di dalam mangkuk. Kacau sebati dan ketepikan seketika untuk mengikut resipi yang seterusnya.