Menu
Poin

Saya bekerja di...

Teruskan

Kandungan anda sedang diadaptasikan kepada jenis perniagaan anda

Bahan-bahan

+

Ekstrak Pandan

  • Daun Pandan 100.0 g
  • Air, disaring 120.0 ml

Penyediaan Sirap Pudina Pandan

  • Daun Pudina, dipotong 100.0 g
  • Gula 180.0 g
  • Ekstrak Daun Pandan 50.0 g

Flan Vanila Kelapa

  • Susu Penuh Krim 800.0 ml
  • Isi Kelapa Muda 200.0 g
  • Carte d'Or Campuran Flan Perisa Vanila 2kg 80.0 g

Pandan biasa digunakan sebagai penambah rasa di dalam pencuci mulut Malaysia dan memberikan keunikan rasa yang tersendiri.

...

Penyediaan

  1. Ekstrak Pandan

    • Masukkan daun pandan dan air di dalam periuk, didihkan. Kacau sehingga pekat.
  2. Penyediaan Sirap Pudina Pandan

    • Potong daun pandan secara berjalur (strip), tambahkan air dan kisar bersama bagi mendapatkan ekstrak pandan.
    • Kisar daun pandan sehingga lumat.
    • Akhir sekali, saringkan mengguna penapis dan pindahkan ke dalam mangkuk, sejukkan.
  3. Flan Vanila Kelapa

    • Panaskan susu penuh krim, kecilkan api, kemudian masukkan Flan Vanila Carte D'Or dan kacau rata.
    • Masukkan isi kelapa muda dan kacau sehingga sebati. Tuangkan ke dalam mangkuk berasingan dan sejukkan di dalam peti ais.
    • Selepas ia sedia, potong dalam bentuk kiub bersaiz 2cm.
  4. Perasa & Penghidangan

    • Celurkan ubi keledek sehingga teksturnya lembut. Kemudian pindahkan ke dalam air sejuk.
    • Masukkan segumpal ais kepal ke dalam mangkuk hidangan, curahkan kesemua perasa; sagu, flan vanila kelapa dan ubi keledek.
    • Tambahkan sirap pudina pandan. Sedia untuk dihidangkan.
Menu
Produk
Resipi
Promosi
Cart