Menu
Poin

Saya bekerja di...

Teruskan

Kandungan anda sedang diadaptasikan kepada jenis perniagaan anda

+

Confit Itik

  • Peha Itik 2.0 pc
  • Garam 2.5 g
  • Lemak Itik, yang dicairkan 700.0 ml

Kari Demi-Glace

Pes Kari

  • Cili Kering, dibuang biji 10.0 pc
  • Halia 6.0 g
  • Serbuk Kunyit 15.0 g
  • Bawang Merah Kecil 50.0 g
  • Biji Ketumbar, digoreng wangi tanpa minyak 5.0 g
  • Buah Pelaga, digoreng wangi tanpa minyak 3.0 pc
  • Garam 1.0 g

Sup Khao Soi

Mee Telur

  • Mee Telur Halus 50.0 g
  • Mee Telur Lebar 80.0 g
  • Minyak, untuk menggoreng
  1. Confit Itik

    • Keringkan peha itik dengan tisu kertas.
    • Tebuk kulit itik di merata bahagian dengan jarum.
    • Sapukan garam dan biarkan pada suhu bilik selama sejam. 
    • Masukkan peha itik ke dalam periuk kaserol yang kecil. Pastikan bahagian berkulit menghadap atas. 
    • Panaskan peha itik dengan perlahan-lahan di dalam ketuhar pada suhu 150°C selama 90 minit.
    • Tinggikan suhu ketuhar ke 190°C untuk memerangkan kulit itik selama 15 minit. Biarkan ia hingga sejuk dan tapis keluar lemak lebihan.
  2. Kari Demi-Glace

    • Panaskan minyak, tumis bawang hingga wangi.
    • Masukkan serbuk kari & gaul rata.
    • Masukkan Campuran Sos Perang Demi Glace Knorr dan air, dan didihkan, kemudian kacau selalu selama 5 minit hingga sos menjadi pekat.
  3. Pes Kari

    • Masukkan cili kering ke dalam mangkuk tahan panas.
    • Rendam dalam air panas selama 20 minit hingga lembut.
    • Tapis cili dan kisar semua ramuan di dalam pengisar.
  4. Sup Khao Soi

    • Tumis pes kari hingga wangi di dalam periuk yang besar. Kacau selalu selama 5 minit. 
    • Masukkan santan dan kacau hingga pekat. Masukkan air dan Stok Ayam Knorr. 
    • Kecilkan api ke api yang sederhana-rendah, dan reneh selama 30 hingga 45 minit.
    • Tambahkan gula melaka dan Serbuk Limau Nipis Knorr* ke dalam sup. Perisakan dan tambahkan garam jika perlu.

    * Serbuk Limau Nipis Knorr, dicairkan

  5. Mee Telur

    • Bahagikan mee telur halus kepada 2 bahagian dan goreng selama seminit hingga perang keemasan dan rangup. Keluarkan dan letak di atas pinggan berlapikkan tisu kertas dan ketepikan.
    • Masak mee telur lebar hingga al dente. Bilas dengan air sejuk dan ketepikan. 
    • Letakkan itik confit ke atas mee telur lebar. Letakkan sos kari demi-glace ke atas dan tuangkan sup khao soi di sekeliling.
    • Letakkan mee telur halus yang telah digoreng ke atas dan hiaskan dengan daun ketumbar dan minyak cili.
Menu
Produk
Resipi
Promosi
Cart