Menu
Poin

Saya bekerja di...

Teruskan

Kandungan anda sedang diadaptasikan kepada jenis perniagaan anda

+

Ikan Kod

  • Ikan Kod 480.0 g
  • Garam 5.0 g
  • Lada Putih 2.0 g

Kerak Telur Masin dan Serunding Ayam

Ragout Cendawan dan Edamame

  • Cendawan Shimeiji Coklat 120.0 g
  • Cendawan Shimeiji Putih 120.0 g
  • Kacang Edamame, direbus & dikeluarkan biji kacangnya 120.0 g
  • Jus Lemon 20.0 ml
  • Minyak Zaitun 20.0 ml
  • Krim 100.0 ml

Sos Tomato Halia

  • Minyak Zaitun 40.0 ml
  • Bawang Putih, dipotong 10.0 g
  • Bawang Merah, dipotong 40.0 g
  • Halia Muda, diparut 5.0 g
  • Tomato Roma, dibuang kulit & dipotong dadu 250.0 g
  • Sos Ikan 10.0 ml
  • Gula Putih 10.0 g
  • Garam 2.0 g

Hiasan

  • Daun Kari, yang telah digoreng 10.0 g
  • Bunga (yang boleh dimakan) 10.0 g
  1. Ikan Kod

    • Dipotong bahagian dan diperisakan.
  2. Kerak Telur Masin dan Serunding Ayam

    • Cairkan Planta di dalam kuali.
    • Masukkan gula dan stok ayam. Biarkan ia cair dan larut.
    • Masukkan susu cair perlahan-lahan dan panaskan hingga ia berbuih.
    • Tambahkan serbuk telur masin, kecilkan api dan kacau hingga ia bertukar perang keemasan.
    • Gaul masuk serunding ayam dan daun kari.
  3. Ragout Cendawan dan Edamame

    • Potong cendawan shimeiji.
    • Panaskan minyak dalam kuali.
    • Tumis cendawan hingga wangi dan tambahkan kacang edamame.
    • Tambahkan perisa, krim dan jus lemon.
  4. Sos Tomato Halia

    • Panaskan minyak zaitun dan tumis bawang putih, bawang merah dan halia hingga wangi.
    • Masukkan tomato, sos ikan dan gula.
    • Reneh selama 10 minit dan perisakan mengikut selera.
  5. Hiasan

    • Goreng daun kari.
  6. Cara Menghidang

    • Panggang ikan kod di dalam ketuhar pada suhu 180 darjah selama 7 minit.
    • Salut dengan sos telur masin yang telah dimasak dan tambahkan serunding ayam di atasnya.
    • Letakkan ikan di atas ragout cendawan dan edamame. Hidangkan bersama sos tomato halia.
    • Hiaskan dengan daun kari kari dan bunga yang boleh dimakan.
Menu
Produk
Resipi
Promosi
Cart