Kek Ikan Cincang Diperap, Sos Vinaigret Ketumbar
Versi kek ikan Melayu ini mengandungi cita rasa unik halia dan limau nipis.

Bahan-bahan
Kek Ikan Cincang Diperap
-
Isi Ikan 500 g
-
Bawang Merah Kecil, dipotong 30 g
-
Halia Muda, dipotong 20 g
-
Lengkuas, dipotong 10 g
-
Daun Selasih, dipotong halus 10 g
-
Minyak Bijan 2 ml
-
Sos Ikan 4 ml
-
Minyak Jagung 150 ml
-
Cili Merah, tanpa biji, dipotong 20 g
Sos Vinaigret Ketumbar
-
Daun Ketumbar, dipotong 200 g
-
Halia Muda, dipotong 100 g
-
Daun Bawang, dipotong 300 g
-
Bawang Putih, dipotong 80 g
-
Minyak Bawang Merah Kecil 200 g
-
Gula Halus 10 g
-
Garam Halus 5 g
Penyediaan
-
Kek Ikan Cincang Diperap
- Adunkan kesemua bahan dan bentukkan menjadi patti mini bersaiz kira-kira 50gm.
- Panaskan minyak jagung, goreng dengan minyak sedikit (shallow fry) sehingga sederhana masak. Ketepikan.
-
Sos Vinaigret Ketumbar
- Adun sebati semua bahan-bahan.
- Sejukkan di dalam peti ais semalaman.
-
Penghidangan
- Letakkan patti yang telah dimasak di atas pinggan hidangan dan tuangkan bersama sos vinaigret ketumbar secukupnya di atas patti.
- Hiaskan secukupnya.