Menu
Poin

Saya bekerja di...

Teruskan

Kandungan anda sedang diadaptasikan kepada jenis perniagaan anda

Bahan-bahan

+

Penyediaan serbuk biskut

  • Biskut Digestive 250.0 g
  • Marjerin 100.0 g

Campuran Mangga

Mousse Krim Keju


Berikan keunikan rasa lepada kek keju biasa dengan penambahan limau nipis, cita rasa Malaysia yang tersendiri.

...

Penyediaan

  1. Penyediaan serbuk biskut

    • Masukkan biskut digestive ke dalam beg plastik makanan dan pecahkan sehingga menjadi serbuk menggunakan penggelek.
    • Masukkan serbuk-serbuk biskut ke dalam mangkuk, kemudian tuangkan marjerin yang telah dicairkan. Gaul sebati.
    • Masukkan ke dalam cawan hidangan dan tekan dengan lembut ke dasar cawan. Sejukkan di dalam peti ais.
  2. Campuran Mangga

    • Didihkan air, tuangkan Puding Mangga Carte D'Or. Kacau rata sehingga cair.
    • Pindahkan ia ke dalam bekas dan biarkan di dalam suhu bilik. Sejukkan.
  3. Mousse Krim Keju

    • Dengan menggunakan mixer, pukul krim keju, gula dan Serbuk Perasa Limau Nipis Knorr.
    • Masukkan 200ml krim pekat dan sambung memukul sehingga adunan sebati. Pindahkan ke dalam mangkuk.
    • Di dalam mangkuk, masukkan Campuran Mangga dan Mousse Krim Keju sehingga sekata dengan sempurna.
    • Masukkan adunan mousse ke dalam serbuk biskut menggunakan sudu, bermula dari tepi sehingga ke bahagian tengah. Sejukkan di dalam peti ais semalaman.
  4. Hiasan

    • Hidangkan bersama krim pekat di atas bersama hirisan buah mangga segar dan daun pudina.
Menu
Produk
Resipi
Promosi
Cart