Tidak mahu ketinggalan dengan trend telur masin, cara inovatif untuk memasak kentang yang benar-benar memperincikan rasa masin dan lemak telur masin yang dipadankan dengan kentang jejari goreng, yang segar rangup di bahagian luar, dan lembut enak di bahagian dalam.

Bahan-bahan
Kentang Jejari Panjang
-
Air Panas 750.0 ml
-
Tepung Serbaguna 75.0 g
-
Tepung Jagung 25.0 g
-
Garam 2.0 g
Sos Béchamel Telur Masin
-
Mentega 60.0 g
-
Susu 1.0 ltr (liter)
-
Tepung 50.0 g
-
Daun Bawang, dicincang 1.0 g
-
Serbuk Kari 1.0 g
-
Cili 1.0 g
Penyediaan
-
Kentang Jejari Panjang
- Masukkan air panas dan Empingan Kentang Knorr ke dalam periuk dan masak menggunakan api sederhana.
- Kacau hingga campuran menjadi cukup pekat untuk membentuk bebola. (Jangan terlebih dikacau kerana campuran mungkin membentuk tekstur yang keras dan liat.)
- Tekan bebola kentang lecek menggunakan pemotong kentang jejari untuk mendapatkan bentuk tiub yang panjang.
- Goreng dalam minyak pada suhu 180°C hingga kuning keemasan. Taburkan Knorr Serbuk Masakan Telur Masin Keemasan dan garam. (Taburkan serbuk telur masin semasa kentang jejari masih panas agar serbuk melekat dengan elok.)
-
Sos Béchamel Telur Masin
- Tumis cili, daun bawang, Knorr Serbuk Masakan Telur Masin Keemasan dan serbuk kari di dalam kuali. Pukul susu dan mentega di dalam mangkuk. Tuangkan ke dalam kuali dan reneh.
- Tambahkan tepung, kacau hingga adunan menjadi pekat dan tapis.
- Tuang sos béchamel ke dalam kuali dan perisakan mengikut selera. (Jangan lupa untuk tapis sos terdahulu untuk membuang gumpalan dan mendapatkan konsistensi yang lebih halus.)
-
Menghidang
- Taburkan kentang jejari ke atas pinggan dan tuangkan sos ke atasnya.