Menu
Poin

Saya bekerja di...

Teruskan

Kandungan anda sedang diadaptasikan kepada jenis perniagaan anda

+

Terung & Labu Panggang

  • Terung, dihiris 1/2 inci 1.0 pc
  • Labu, dihiris 1/2 inci 500.0 g
  • Garam dan Serbuk Lada, untuk rasa tambahan 5.0 g
  • Minyak Zaitun 20.0 g

Sos Tomato (disediakan)

Sos Parmigiana

  • Bawang Putih, dicincang 20.0 g
  • Bawang Besar Kuning, dicincang 50.0 g
  • Gochujang 50.0 g
  • Gula Perang 20.0 g
  • Daun Selasih, dipotong halus 3.0 g
  • Oregano, kering 2.0 g
  • Garam dan Serbuk Lada 5.0 g

Hidangkan

  • Keju Parmesan 85.0 g
  • Keju Mozarella 85.0 g
  • Daun Selasih, untuk hiasan
  • Minyak Zaitun, secukupnya
  1. Terung & Labu Panggang

    • Atas dulang pembakar, letakkan hirisan terung dan labu.
    • Titiskan minyak zaitun ke atas hirisan terung dan labu. Kemudian, lumurkan dengan garam dan juga lada hitam.
    • Panggang dalam ketuhar (yang telah dipanaskan) selama 3 minit dan tepikan.
  2. Sos Tomato (disediakan)

    • Campurkan air dan Knorr Campuran Asas Tomato Napoli untuk menyediakan 720g sos tomato.
     
  3. Sos Parmigiana

    • Panaskan kuali dan tuangkan minyak zaitun. Masukkan bawang.
    • Tambahkan sedikit garam sebagai perisa.
    • Masukkan bawang putih.
    • Apabila bawang sudah ditumis dan bau bawang putih sudah pun naik, tuangkan sos tomato (yang telah disediakan) dan gochujang. Biarkan ia reneh sehingga ia mula menggelegak.
    • Masukkan daun selasih, oregano dan gula perang, dan gaulkan.
    • Tambahkan serbuk lada hitam sebagai perisa dan Knorr Serbuk Perisa Aromat, gaul dan biarkan sejuk seketika.
  4. Hidangkan

    • Panaskan ketuhar sehingga 350°F, dan sapukan minyak zaitun di dalam kuali besi.
    • Lapiskan hirisan terung dan labu panggang ke dalam kuali besi.
    • Tuangkan sos parmigiana di antara dan di setiap lapisan.
    • Taburkan keju mozzarella dan keju parmesan. Pastikan rata.
    • Bakar di dalam ketuhar sehingga keju cair dan menggelegak.
    • Hidangkan di atas kuali besi tersebut dan hiaskan dengan daun selasih.
Menu
Produk
Resipi
Promosi
Cart