Bahan-bahan
Penyediaan Pasta Tom Yam Berkrim Ala Asia
-
Pasta Penne, belum dimasak 750.0 g
-
Mentega (tidak bergaram) 2.5 sudu besar
-
Ulas Bawang Putih, dicincang 8.0 pc
-
Udang, dibuang kulit, tinggal kepala & ekor, dibelah dua 250.0 g
-
Cili Padi, dihiris 5.0 pc
-
¾ Batang Serai (Bahagian Putih Sahaja), Dihiris Nipis
-
Daun Limau Purut, dipotong kecil 6.0 pc
-
Air Rebusan Pasta 9.0 sudu besar
-
Krim Masakan 300.0 g
-
Parsli, dicincang (simpan sedikit untuk hiasan) 3.0 sudu kecil
Penyediaan
-
Penyediaan Pasta Tom Yam Berkrim Ala Asia
- Masak pasta dalam air bergaram hingga ala dente. Toskan dan bilas dengan air sejuk untuk menghalang ia daripada menjadi terlalu masak. Ketepikan.
- Panaskan kuali dan cairkan mentega. Masukkan bawang putih cincang dan tumis hingga wangi.
- Masukkan udang dan kacau hingga masak. Ketepikan.
- Dengan mentega dan bawang putih yang masih ada di dalam kuali, tambahkan cili padi.
- Masukkan pes tom yam, serai, daun limau purut, air rebusan pasta dan gaul rata.
- Tuang masuk krim masakan dan kacau menggunakan api yang kecil.
- Masukkan sebahagian daripada parsli cincang dan gaul rata.
- Sebaik sahaja sos mula mendidih, masukkan pasta yang telah dimasak tadi. Gaul rata.
- Untuk menghidang, masukkan pasta ke dalam mangkuk dan letakkan udang di atasnya. Hias dengan parsli.